Home Kdrama/Kmovie The Midnight Studio: Bagaimana Agaknya Kwon Nara Berubah Menjadi Peguam kepada Hantu?...

The Midnight Studio: Bagaimana Agaknya Kwon Nara Berubah Menjadi Peguam kepada Hantu? Ini 8 Kronologinya

0

Pelakon wanita Korea Selatan Kwon Nara kembali berlakon dalam drama terbaru, The Midnight Studio, selepas 2 tahun menyepikan diri. Membawa watak sebagai seorang peguam yang bernama Han Bom, pelakon ini dipasangkan dengan Joo Won.

Han Bom dibesarkan oleh neneknya selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dalam insiden kemalangan. Walau begitu, Han Bom membesar menjadi seorang gadis pintar hingga dia berjaya dan bekerja di pejabat pendakwa raya.

Dia bertukar kerjaya menjadi peguam, Han Bom sangat mengutamakan keadilan walaupun dia terpaksa menentang orang atasannya. Ketegasannya dan sifat keras kepalanya itu membuatnya dipecat hingga dia sukar mendapat pekerjaan lain. Selepas itu, Han Bom rasmi menjadi peguam untuk hantu-hantu di sebuah studio gambar misteri. Bagaimana? Berikut ini rangkuman kronologinya.

 

Midnight studio1. Lama menganggur, Han Bom akhirnya dapat peluang untuk temu duga kerja. Namun, dia tanpa sengaja bertemu dengan Seo Ki Joo (Joo Won) di sebuah lift

Baca lagi: The Midnight Studio, 7 Perkara Menarik tentang Studio Gambar untuk Hantu

 

a868a46f c143 489d a374 708bfba776152. Oleh kerana tidak mampu membayar duit sewa, neneknya menyewakan tempat tinggal Han Bom. Namun, rupa-rupanya orang yang menyewa tempat itu adalah Seo Ki Joo

 

 

9163fa3a e98d 45ac 99fb 983fc035b99b3. Suatu malam sebuah keajaiban terjadi. Han Bom dengan mudahnya boleh memasuki studio gambar yang dikhaskan untuk orang yang sudah meninggal dunia

 

 

50128aa0 3820 40d4 8f01 311431c0d6d74. Selepas itu, Han Bom dan Seo Ki Joo terus bertemu di balai polis kerana mereka terlibat dalam beberapa kes yang saling berkaitan antara satu sama lain

Baca juga: Suka Cerita Misteri Fantasi? Kisah Roh dah Hantu? Tonton 6 Kdrama ini

 

2c2a6fd3 5b2b 4715 a69b 91fc07463d925. Seo Ki Joo menawarkan kerja sama pada Han Bom kerana gadis itu mempunyai safe zone yang boleh melindunginya dari hantu. Han Bom pada mulanya menolak

 

 

1ea6e124 3854 4109 b8e5 3dda0f81f9696. Buat pertama kalinya, Han Bom kembali boleh melihat hantu di sekitarnya. Tidak ada cara untuk mengembalikan penglihatannya menjadi normal semula

 

 

d0c89fc3 de1e 487c a8f1 b155a8cff6db7. Seorang pengunjung hantu mendapat ketidakadilan, lalu Han Bom membantu Seo Ki Joo untuk membersihkan nama hantu itu di mata undang-undang

 

 

594a9919 e3d9 489b aca2 138737e424108. Kejayaan itulah yang akhirnya membuatkan Han Bom bekerja sama sebagai peguam yang membantu hantu-hantu di Studio Gambar Yahan

Selepas Han Bom boleh melihat hantu, dia semakin faham bagaimana hidup Seo Ki Joo seharian dan segala rasa kesepian yang dialami lelaki itu. Ditambah dengan rasa keadilan yang tinggi serta semangat untuk mengungkap kebenaran, menyakinkan lagi Han Bom untuk membantu Seo Ki Joo.

Baca lagi: The Midnight Studio: 11 Kdrama Popular yang Dibintangi Para Pelakon Utama

Baca juga: Midnight Studio: Bagaimanakah Joo Won Mendapat Sumpahan dan Boleh Melihat Hantu?