Home Entertainment The Night House, Filem Horror Misteri Psikologi di Disney Hotstar

The Night House, Filem Horror Misteri Psikologi di Disney Hotstar

0

Anda peminat genre thriller seram psikologi misteri yang ada vibes seperti filem siri “THE FINAL DESTINATION”?

Jika ya, filem “The Night House” tahun 2021 lalu ini wajib menjadi tontonan malam Jumaat atau cuti hujung minggu anda!

Namun untuk “The Night House”, ia membawa satu kelainan dari segi PLOT TWIST nya, sebuah garapan filem seram misteri psikologi terbaik pada tahun 2021 lalu yang agak slow-burn tetapi penuh daya tarikan dari segi kemisterian plotnya!

Penceritaan ”The Night House” benar-benar mencabar minda dan kewarasan kita. Bagi yang tidak faham konsep yang cuba disampaikan dalam “The Night House” pasti tidak akan mampu menghabiskan kisahnya sedangkan klimaks plot dan twist filem ini mula berkembang di pertengahan cerita yang akhirnya membawakan TWIST yang hebat dan sebuah karya yang “MASTERPIECE“.

The night houseBeth (Rebecca Hall) baru sahaja kehilangan dan meratap kesedihan suami tercintanya yang mati kerana bunuh diri yang Beth sendiri tidak dapat jelaskan mengapa suaminya Owen tiba-tiba meninggalkannya dengan cara yang tidak difahami oleh Beth sendiri. Owen telah menembak dirinya sendiri di atas bot di rumah tasik yang dibina mereka berdua.

IMG 8966

Sebelum Owen membunuh dirinya, dia telah meninggalkan satu nota yang tertulis:” You were right. There is nothing. Nothing is after you. You are safe now.” (Selamat daripada apa ye sebenarnya?? Ketika ini pasti ramai masih merangkak-rangkak untuk memahami maksud tersirat nota itu).

Kemudian, Beth menjumpai satu buku “Floor Plan” rumah tasik yang dibina oleh Owen dan segala catitan dalam buku tersebut mula menimbulkan tanda tanya dan keanehan apa yang sebenarnya telah berlaku di rumah tasik mereka itu.

IMG 8967

Saat ketika dia cuba mencari jawapan itu, Beth mula didatangi dengan mimpi dan halusinasi Owen yang sedang berhubung dengan Beth dalam situasi yang cukup menyeramkan! Kerana Beth hanya dapat mendengar bisikan suara Owen dan kesan tapak kaki Owen. Tapi, adakah benar itu adalah Owen atau sesuatu yang lain?

IMG 8968

Setiap malam Beth dibelenggu mimpi yang cukup mengganggu jiwa dan kewarasannya, situasi makin tegang dan rumah tasik yang dimiliki mereka menjadi seolah-olah seperti cermin dan terbalik kepada Beth.

IMG 8969

Keadaan Beth semakin parah, rakan-rakan dan jirannya menasihati dan memberi amaran kepada Beth untuk keluar dari rumah itu. Namun Beth berkeras dan memutuskan untuk menggali lebih dalam kehidupan gelap Owen dengan harapan dapat memahami mengapa Owen membunuh dirinya.

IMG 8970

Walau bagaimanapun, apa yang dia bakal temukan di sebuah rumah misteri lain pasti akan menggegarkan dunianya. Satu keputusan yang akan membawa Beth mendapati yang dia sebenarnya tidak mengenali suaminya dengan baik seperti yang dia sangkakan.

IMG 8971 IMG 8972

Rumah Malam atau “The Night House” yang ditemukan Beth di seberang rumah tasik mereka telah menjadi satu penemuan yang cukup menakutkan! Sungguh tidak sangka “RAHSIA” yang Owen sembunyikan selama ini begitu mengejutkan dan cukup membuatkan bulu roma kita meremang saat ketika Beth sendiri turut terlompat setelah melihat “Situasi” yang berada di depan matanya!

IMG 8973Beth berlari kembali ke rumah tasiknya dan memohon untuk Owen kembali kepadanya! Kerana dia perlukan sebuah penjelasan daripada Owen. Tiba-tiba situasi di ruangan Beth berubah menjadi sangat janggal dan aneh sehingga Beth di heret ke satu peristiwa silam yang cukup mengejutkan dan menakutkan! “Flash Back” tentang apa yang Owen telah lakukan selama ini sebelum dia membunuh dirinya sendiri.

IMG 8974

Segala jawapan hampir terungkap di sini, rupanya selama hidup Owen bersama Beth, Owen sedaya upaya untuk melindungi Beth dari “KEMATIAN” semula kerana Beth pernah menghampiri kematian saat mudanya yang ketika itu Beth telah terhenti bernafas untuk seketika, namun akhirnya Beth berjaya diselamatkan (vibes “The Final Destination”)

Night house

Kini, “MALAIKAT MAUT” itu telah kembali untuk mengambil nyawa Beth semula dengan menggunakan Owen sebagai orang perantaraan. Owen selalu mendapat bisikkan untuk membunuh Beth namun kerana cintanya terhadap Beth, Owen yang bijak dan licik ketika itu telah membuat “Tipu Helah” untuk mengaburi mata si “Malaikat Maut” itu.

Sehinggalah sampai satu saat Owen sudah hampir hilang kewarasan dan tidak dapat meneruskan lagi “Tipu Helah” nya itu dan akhirnya membuat keputusan untuk membunuh dirinya sendiri dengan harapan dia telah menyelamatkan Beth, dan Beth tidak akan diganggu lagi. (Kini penonton pasti mula faham isi tersirat nota yang ditinggalkan oleh Owen sebelum itu!)

Pada akhirnya, adakah Beth benar-benar telah selamat? Persoalannya, apakah yang telah ditemukan oleh Beth di “Night House” itu tadi? Tipu helah apa yang Owen gunakan untuk mengaburi mata si Malaikat Maut itu?

Untuk mendapatkan jawapan penuh, anda perlu tonton sendiri “The Night House” yang boleh ditonton striming di Disney Hotstar! Jom layan trailer “The Night House” dulu disini ya!

Baca lagi: 10 Filem Seram Terbaik Warner Bros. Pictures
Baca juga: 10 Filem Seram dan Mengerikan, Latar Atas Kapal