Home Entertainment “The Real Has Come”- 10 Sikap Toksik Jang Se Jin Yang Bikin...

“The Real Has Come”- 10 Sikap Toksik Jang Se Jin Yang Bikin Hati Panas

0

Salah satu drama bersiri Korea dari KBS 2TV “The Real Has Come” yang telah ditayangkan sejak 16 April lalu juga turut menjadi bualan hangat terkini apabila ia mencapai penarafan penonton tertinggi untuk beberapa episod siri ini.

Fokus cerita yang diangkat dalam The Real Has Come (2023) ini ialah tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Oh Yeon Doo (Baek Jin Hee). Penonton disajikan dengan kisah lika-liku pahit getir manis yang dia harus hadapi selama mengandungkan bayi tanpa bapanya.

IMG 0714

Banyak pula kisah kehidupannya yang relate dengan kehidupan sebenar. Mulai dari kepayahan yang dilalui sehingga pandangan serong masyarakat terhadap ibu tunggal, sememangnya cukup memberi kesan dan cukup rencah dalam drama ini. Walaupun ia bergenre romantis, tetapi kisahnya jauh dari adegan-adegan romantis yang kurang digemari sesetengah penonton.

IMG 0719

Drama bertema pasangan yang berpura-pura menjalinkan hubungan sememangnya agak klise. Walaupun membawa tema sama, The Real Has Come memiliki daya tarikan dari segi penyampaian plot. Terdapat banyak kejadian yang tidak dijangka dan mengejutkan.

Dalam artikel kali ini, fokus perbincangan tertumpu kepada watak Jang Se Jin (Cha Joo-young) merupakan setia usaha keluarga Gong Tae Kyung (Ahn Jae Hyun).

IMG 0718

Bukan hanya licik, Jang Se Jin nampaknya tidak pernah kehabisan helah untuk membuat Gong Tae Kyung kembali kepadanya. Dia mahu menjadi sebahagian daripada keluarga Gong Tae Kyung yang kaya raya.

 

Keadaan semakin rumit dan sukar bagi Jang Se Jin apabila akhirnya Gong Tae Kyung memilih Oh Yeon Doo (Baek Jin Hee) sebagai pasangan hidup. Namun, Jang Se Jin selalu mempunyai cara untuk mengacau dan merosakkan rumah tangga Gong Tae Kyung.

Berikut ini merupakan sepuluh bukti sikap toksik Jang Se Jin terhadap Gong Tae Kyung dalam drama keluarga yang ditayangkan di KBS pada setiap minggu. Memang sangat berjaya mengacau emosi para penonton!

 

The real has come

1. Gong Tae Kyung (Ahn Jae Hyun) memang pernah menyukai Jang Se Jin (Cha Joo Young), tetapi perasaan itu hanya dirasakan ketika masih di bangku sekolah menengah

10a6a780 955d 4f14 8993 704b294a01cd

2. Gong Tae Kyung memercayai Jang Se Jin dan mahu mengahwininya dengan beberapa syarat dan perjanjian. Nasib baik perkahwinan tersebut gagal

5e7f77bf d1df 4591 a6c0 e74966e086bb

3. Ternyata Jang Se Jin terlalu obses untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Gong Tae Kyung dan dia menjadi orang kepercayaan nenek Gong Tae Kyung

571177aa 4034 496c b840 812c17b6e3f1

4. Dibantu ibunya, Jang Se Jin tetap berusaha keras untuk kembali dalam kehidupan Gong Tae Kyung yang kini sudah mengahwini wanita lain

22cb6387 d45c 4e93 93da fe43593b88d6

5. Jang Se Jin berdalih ingin menjadi teman Gong Tae Kyung, langsung tidak peduli walaupun lelaki itu telah berstatus sebagai suami orang

1fad5b56 0a58 4ace ac07 a46c5e4320c2

6. Jang Se Jin sanggup meminta orang tuanya bercerai demi mendapatkan simpati daripada Gong Tae Kyung dan keluarganya

d2fb91d0 c508 47ea 8b91 f04ba6d87835

7. Berniat untuk merosakkan rumah tangga Gong Tae Kyung, Jang Se Jin menggunakan berbagai-bagai cara supaya dapat bersama dengan lelaki itu

afb7d542 ccfd 41f8 b4d9 7431107737a9

8. Jang Se Jin juga tidak malu dan segan meminta Oh Yeon Doo iaitu isteri kepada Gong Tae Kyung untuk berpisah dengan lelaki tersebut

c3991503 41f6 458f a0b0 9378e220af32

9. Gong Tae Kyung yang menyukai dan menyayangi Oh Yeon Doo akhirnya meminta Jang Se Jin untuk berhenti mengganggu kehidupannya

b9f3d2f5 65c0 4f21 8238 5376dc28e67e

10. Bukan merasa malu, Jang Se Jin malah berusaha menggunakan masa lalu Oh Yeon Doo agar Gong Tae Kyung kembali ke sisinya. Memang menyakitkan hati!

IMG 0717

Sikap dan perangai toksik antara Jang Se Jin ini memang membuatkan para penonton drama siri The Real Has Come naik menyampah dan geram. Rasa-rasanya apa lagi rancangan jahat yang akan dilakukan oleh Jang Se Jin untuk menghancurkan rumah tangga Gong Tae Kyung dan Oh Yeon Doo?

Sudahkan anda mengikuti drama siri The Real Has Come ini? Jika belum, anda tidak harus melewatkannya! Sangat menarik dan menghiburkan walaupun boleh membangkitkan emosi!

Kali ini, peminat drama Korea harus cuba untuk pertimbangkan “The Real Has Come”, walaupun drama ini mempunyai 50 episod dengan durasi kurang dari 60 minit setiap episod.

Ini kerana dari episod awal lagi, para penonton pasti terpikat dan merasa tidak ingin berhenti dari menontonnya.

Baca lagi: 7 Kdrama tvN Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi

Baca juga: “The Real Has Come” Kdrama Dengan Rating Tertinggi

Baca lagi: 10 Konflik Gong Tae Kyung Dalam “The Real Has Come”