Baek Sung-hyun, bekas pelakon kanak-kanak kini muncul sebagai seorang ayah dalam ‘’The Return of Superman’ buat pertama kalinya.
Aktor ini menarik perhatian ramai setelah mengumumkan penyertaannya dalam program hiburan bertemakan keibubapaan di TV KBS2 itu.
Sung-hyun bakal mendedahkan kehidupan sehariannya bersama anak perempuannya, Seo-yoon serta menunjukkan imejnya sebagai bapa, bukan sebagai aktor yang penonton biasa nampak menerusi hasil kerjanya.
Terdahulu, dia berkahwin dengan isterinya yang tiga tahun muda daripadanya dan bukan selebriti pada April 2020. Kemudian, pasangan itu menimang seorang anak perempuan bernama Seo-yoon.
Mendengarkan khabar tersebut, netizen Korea terkejut berserta meninggalkan komen-komen seperti berikut di laman Theqoo:
“Anak perempuan? Dah kahwin ke?”
“Saya tak tahu pun awak dah kahwin.”
“Wow.”
“Baek Seong-hyun dah ada anak?”
“Ini ke Baek Seong-hyeon yang saya kenal?”
Baek Sung-hyun mula debut sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 1994 dalam filem ‘I Wish for What Is Forbidden to Me’. Dia turut berlakon sekali dengan Park Shin Hye sebagai watak utama zaman remaja dalam drama ‘Stairway to Heaven’.
Pada tahun 2016, dia reunion sekali lagi dengan Park Shin Hye dalam drama ‘Doctors’ serta membintangi drama ‘Voice’.
Sumber: Wikitree