Siapakah 9 watak paling malang dalam Kdrama siri “The Secret Romantic Guesthouse?”
The Secret Romantic Guesthouse berkisar tentang kisah Kang San (Ryeoun) yang menyembunyikan identiti asalnya sebagai pewaris takhta istana yang bernama Lee Seol.
Untuk merebut takhta yang diduduki oleh raja terkini yang sangat kejam dan zalim, Kang San pun mengambil bahagian dalam ujian negara supaya dapat menjadi pengawal raja.
Khabar angin mengenai Lee Seol yang masih hidup dan akan menggantikannya membuatkan Raja Lee Chang tidak tenang. Selain pemburuan dahsyat yang membahayakan Lee Seol, perkara ini ternyata mendatangkan nasib malang juga buat mereka yang terlibat dengan Lee Seol.
Berikut ini merupakan 9 watak yang bernasib malang dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse:
1. Menjadi pewaris sah takhta membuatkan Lee Seol terpaksa menggunakan identiti palsu iaitu Kang San dan hidup dalam persembunyian selama bertahun-tahun
2. Semenjak kematian ayahnya, Yoon Dan Oh perlu menyara dirinya dan kakaknya dengan cara menguruskan sebuah rumah penginapan yang dikenali sebagai Ihwawon
3. Yoon Hong Joo adalah kakak Yoon Dan Oh yang perlu hidup dalam persembunyian kerana dia telah memalsukan kematiannya. Dia dianggap sebagai hantu yang mendiami unit tambahan khas di Ihwawon
4. Jung Yoo Ha perlu hidup bersama keluarga angkatnya tanpa dia mengetahui siapakah ibu bapa kandungnya sehingga dia dewasa. Ibu angkat dan adik beradik angkatnya melayan dia seperti orang asing
5. Kim Shi Yeol yang menjadi penjaga Kang San ataupun Lee Seol selama bertahun-tahun. Dia perlu hidup bersembunyi dengan identiti palsu dan menjadi bayang-bayang buat Lee Seol
6. Keluarganya dianggap pengkhianat, membuatkan Ban Ya yang pada awalnya berasal daripada kalangan bangsawan perlu menjadi seorang gisaeng di Buyounggak
7. Hwa Ryung pemilik Buyounggak selama ini hanya mampu melihat Jung Yoo Ha dari jauh. Jung Yoo Ha adalah anaknya dengan putera mahkota yang digulingkan oleh Lee Chang
8. Jang Tae Hwa kehilangan anak lelaki kesayangannya yang sudah bertunang dengan Yoon Hong Joo, hidupnya dipenuhi dengan dendam terhadap Lee Seol dan pengawal bayangannya
9. Permaisuri balu perlu melihat puteranya menjadi raja yang sangat kejam dan tidak boleh bertemu dengan cucunya yang merupakan pewaris sah takhta istana iaitu Lee Seol selama bertahun-tahun
Kini drama siri The Secret Romantic Guesthouse semakin ke penghujung. Bagaimanakah pengakhiran setiap watak penting dalam drama siri ini?
Adakah Lee Seol berjaya menaiki takhta dan menggulingkan Raja Lee Chang? Jangan lupa saksikan episod akhir The Secret Romantic Guesthouse nanti hanya di SBS ViuTV!
Baca Lagi: The Secret Romantic Guesthouse, Bakal Berakhir
Baca Juga: 8 Dugaan Shi Yeol, The Secret Romantic Guesthouse