Home Disney+ The Tyrant Dibungkus dalam 4 Episod Pendek, Anda Puas Hati dengan Persembahan...

The Tyrant Dibungkus dalam 4 Episod Pendek, Anda Puas Hati dengan Persembahan Siri Ini?

0

Siri terbaharu Korea,The Tyrant , telah pun disiarkan pada Rabu, 14 Ogos 2024 secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Siri aksi thriller ini dibintangi oleh Cha Seung Won, Kim Seon Ho, Kim Kang Woo, dan Jo Yoon Su sebagai watak utama.

Berbeza dengan kebanyakan drama Korea yang mempunyai berbelas hingga berpuluh episod untuk satu musim. Drama arahan Park Hoon Jung ini hanya mempunyai empat episod. Tempoh setiap episod boleh dikatakan agak pendek, tidak sampai sejam.

Faktor ini menjadikan cerita yang disampaikan dalam “The Tyrant” agak padat. Biarpun ia kelihatan seperti drama set, persoalan akan selalu timbul tentang peristiwa yang berlaku, jika anda tidak memberi tumpuan secara terperinci di setiap babak siri pendek ini.

Tempo drama ini juga berlangsung agak perlahan. Ini menjadikan butiran lakonan beberapa watak para pelakonnya lebih menonjol. Salah satu daya tarikan drama ini juga ia banyak memaparkan babak aksi seperti tembakan, pergelutan, kejar mengejar, malah banyak babak penyeksaaan yang kejam.

Jadi, anda ingin tahu apakah plot siri 4 episod “The Tyrant” ini? Mari lihat dibawah ini!

IMG 8033

Selepas bertahun-tahun melihat negara mereka ditindas oleh kuasa asing, sekumpulan saintis penyangak yang bekerja untuk kerajaan Korea Selatan mula membangunkan virus. Adalah dipercayai bahawa virus itu akan meletakkan negara mereka setanding dengan negara paling berkuasa di dunia.

Projek rahsia itu ialah “The Tyrant Project,” virus ini mempunyai potensi yang tidak terhad untuk kemajuan umat manusia. Ia direka untuk meningkatkan kebolehan manusia secara drastik dan tidak terlangkau kekuatannya.

Bagaimanapun, sebelum projek itu dapat disiapkan, sekumpulan ejen AS mendedahkan rancangan itu dan menuntut semua sampel diserahkan. Tidak mahu tunduk dan menyerahkan penyelidikannya kepada Amerika, ketua penyelidikan mengupah pasukan operasi hitam untuk memulihkan kerjanya.

Tetapi keadaan menjadi kacau apabila mereka diserang oleh pihak yang tidak dikenali. Drama aksi kejar-kejaran empat episod ini akan melibatkan individu dengan motif yang berbeza, masing-masing bersaing untuk mendapatkan sampel tersebut.

Rekap Ringkas untuk episod 1
(KEMALANGAN PENGHANTARAN)

IMG 8036

Selepas serbuan mengejut di makmal penyelidikan, Pengarah Choe (Kim Seon Ho) merekrut ejen operasi hitam untuk mendapatkan semula sampel “The Tyrant Project” yang dirampas. Namun, misi itu tidak berjalan mengikut perancangan.


Rekap Ringkas untuk episod 2
(THE SWEEPERS)

IMG 8037

Rentetan dari peristiwa di episod 1, ejen kerajaan terus memantau Pengarah Choe. Mereka percaya bahawa dia bertanggungjawab atas serangan itu.


Rekap Ringkas untuk episod 3
(SI PEMBURU)

IMG 8038

Chae Jagyoung (Jo Yoon Su) terus membalas dendam, bertemu musuh yang tidak dijangka di sepanjang jalan. Selepas beberapa hari keputusan yang mengecewakan, pasukan AS masuk campur dan mengambil alih operasi untuk menjatuhkan Pengarah Choe.

Rekap Ringkas untuk episod 4
(THE TYRANT)

IMG 8039

Chae Jagyoung dan seorang askar upahan berdarah dingin, Lim Sang (Cha Seung Won), sekali lagi bersemuka. Berlaku aksi serang menyerang diantara Ejen AS yang diketuai oleh Paul (Kim Kang Woo) dan orang-orang Pengarah Choe.

Lakonan Mantap Para Pelakon dan Watak dalam The Tyrant

The tyrant

Jika dirungkai satu persatu, boleh dikatakan setiap pelakon menunjukkan kemahiran lakonan yang memuaskan. Keempat-empat watak utama tersebut mempunyai kekuatan tersendiri dan penting untuk jalan cerita.

Pertama, Cha Seung Won, sebagai pelakon paling senior antara tiga pelakon utama. Pelakon berusia 54 tahun ini membawakan watak askar upahan yang sangat dingin dan cukup mementingkan penampilannya. Dia menipu musuh dengan sikap santainya, tetapi ternyata di sebalik itu dia sangat sadis dan tanpa belas kasihan. Di sisi lain, watak Cha Seung Won juga sering membuat jenaka yang menghiburkan dan menceriakan suasana.

Kim Seon Ho sebagai Pengarah Choe, ketua projek rahsia Korea yang mengetuai “Tyrant Project”.

Kim Kang Woo mungkin akan menjadi watak yang paling dibenci walaupun babaknya tidak banyak. Gaya keangkuhannya dan perasaan menjadi yang paling berkuasa sesuai dengannya, ditambah dengan beberapa dialog dalam bahasa Inggeris.

Sementara itu, Jo Yoon Su , sebagai satu-satunya watak utama wanita dalam siri ini. Di sebalik wajahnya yang sugul, dia menyimpan dendam yang sangat mendalam. Dia memberikan saingan lawan yang sangat sengit dan berani. Tetapi akhirnya nanti, secara tidak sengaja dia dijangkiti virus Tyrant dan berubah menjadi “raksasa” yang kejam dan kuat!

Terakhir sekali, pastikan anda tidak terlepas dari “credit scene” nya! Selain mempunyai plot twist berkenaan nasib watak utama, cerita ini berakhir dengan babak imbas kembali singkat 15 tahun lalu. Pastinya banyak persoalan yang timbul selepas menonton babak penutup drama Korea The Tyrant ini.

Baca lagi: 3 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Your Honor”, Kisah Dilema Moral Antara Tugas dan Pertalian Darah
Baca juga: The Tyrant adalah Kdrama dalam Universe sama dengan Filem The Witch, Begini Cara Tonton Ikut Turutan