Home Entertainment The Wedding War, Menang 290 Juta Won Untuk Berkahwin

The Wedding War, Menang 290 Juta Won Untuk Berkahwin

0

The Wedding War atau yang juga dikenali dengan tajuk 290 Million KRW: Marriage War adalah survival show terbaru dari tvN yang ditayangkan secara perdana pada 4 Julai 2023 dan kini boleh ditonton strim di Viu!

Para peserta rancangan “The Wedding War” ini merupakan pasangan sebenar dari dunia nyata yang memang sedang membuat persiapan untuk berkahwin. Program ini mempunyai konsep yang unik. Para peserta perlu bertanding untuk mendapat tajaan dana perkahwinan sebanyak 290 juta won.

“The Wedding War’ membawa pasangan bertunang dari pelbagai latar belakang dalam perjalanan transformatif untuk membuktikan kepercayaan dan cinta mereka, semuanya dengan matlamat utama iaitu menuju gerbang perkahwinan.

Menampilkan acara pertandingan yang membuatkan para penonton teruja dan juga sama-sama merasa cemas dengan suasana tegang yang dipamerkan.

Berikut merupakan 5 fakta menarik tentang The Wedding War. Jom sama-sama kita lihat:

 

1. The Wedding War dihasilkan kerana penurunan jumlah perkahwinan di Korea Selatan

The wedding war

Penurunan angka jumlah pernikahan di Korea Selatan menjadi faktor utama terbentuknya acara The Wedding War. Dalam bancian yang dilakukan oleh Jabatan Statistik Nasional pada tahun 2022, terungkai faktor utama mengapa ramai individu yang memilih untuk tidak berkahwin kerana tingginya perbelanjaan untuk sesebuah perkahwinan.

Kerana fenomena tersebut, The Wedding War juga mengusung tema survival show bagi setiap pasangan dengan hadiah berupa tajaan dana perkahwinan sebanyak 290 juta won. Pemilihan jumlah hadiah utama sebanyak 290 juta won tersebut juga bukan dilakukan tanpa sebarang rujukan, rata-rata perbelanjaan perkahwinan di Korea Selatan mencapai jumlah 290 juta won tersebut.

 

2. Para peserta terdiri daripada 10 pasangan dengan kisah cinta yang menarik

IMG 7169

Walaupun menerima permohonan daripada lebih 500 pasangan, hanya 10 yang dipilih, mewakili pelbagai jenis dari segi umur, kewarganegaraan dan sebab cinta mereka. Setiap pasangan membawa kisah yang benar-benar unik dan luar biasa. Kerjaya setiap peserta juga turut mencuri perhatian. Bermula dari atlet, penari, pelakon, dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan senarai pasangan peserta:

1. Atlet rowing Kim Ji Hyuk dan kekasihnya, Kim Ji Eon yang merupakan profesor di akademi model ini merancang berkahwin pada April 2024

IMG 7176

2. Baru menjalinkan hubungan cinta selama 3 bulan, Bae Min Ki seorang bar manager dan Park A Ryeon yang bekerja sebagai model ini telah bersedia untuk mendirikan rumahtangga

IMG 7177

3.Pasangan yang pernah bercerai dengan pasangan terdahulu ini m mempunyai satu anak, Yoo Hyeon Cheol dan Kim Seul Gi menjadi pasangan yang saling melengkapi

IMG 7178

4.Sung Chi Hyun yang bekerja sebagai pengedar casino ini juga pernah menjadi peserta di Physical: 100. Pada Jun lalu, dia telah melamar Kim Hae Ri

IMG 7179

5.Hong Han Seok dan Mariam adalah satu-satunya pasangan berbeza negara. Keduanya telah bercinta selama 2 tahun dan merancang untuk berkahwin

IMG 7180

6.Dalam bidang kerjaya yang sama sebagai penari, Lee Sang Min dan Oh Su Hyeon telah bercinta selama 15 tahun sejak zaman sekolah menengah

IMG 7181

7. Kim Tae Suk yang merupakan penari dari Korean National Ballet dan kekasihnya Baek Ji Yoon, seorang pelatih balet ini juga mencuba nasib dalam survival show ini

IMG 7182

8. Choi Kwang Won adalah aktor yang membintangi filem Extreme Job. Dia dan Shin Hye Sun yang merupakan art director merancang berkahwin pada Ogos 2023

IMG 7183

9. Peninju MMA, Hong Jun Young yang membintangi filem The Roundup: No Way Out dan kekasihnya, Park Na Young ini mempunyai kisah cinta yang mengharukan

IMG 7184

10. Menjadi pasangan termuda, Kim Jin Woo merupakan seorang chef, sedangkan Lee Seung Yeon adalah seorang pereka hiasan dalaman

IMG 7185

 

3. Selama pertandingan berlangsung, para peserta tinggal di base camp

IMG 7172

Bukan tempat yang selesa dan romantik, base camp para peserta The Wedding War menyerupai penjara. Walaupun begitu, setiap ruangan menjadi semakin hangat dan nyaman dengan adanya foto setiap pasangan memakai sut dan gaun yang ditampal di dinding. Para peserta akan tinggal di base camp selama 10 hari. Dalam tempoh waktu tersebut, mereka juga bertanding dengan menyelesaikan berbagai-bagai halangan agar boleh merebut hadiah utama.

 

4. Kolaborasi antara Kang Sook Kyung yang merupakan penulis Physical: 100 dan penerbit Lee Won Woong

IMG 7175

Jika anda menyukai survival show yang bertajuk Physical: 100, maka The Wedding War ini pasti menjadi antara survival show yang akan buat anda jatuh hati. Masing-masing membawa tema pertandingan untuk bertahan hidup yang memerlukan kekuatan fizikal, program ini juga ditulis oleh penulis yang sama iaitu Kang Sook Kyung.

Dalam The Wedding War, Kang Sook Kyung berkolaborasi bersama penerbit Lee Won Woong yang juga berpengalaman menggarap survival show. Salah satu program survival paling terkenal yang digarapnya adalah Steel Troops.

Kerjasama antara dua pencipta terkenal ini dengan kepakaran mereka dalam mencipta program survival yang menarik, telah menghasilkan penciptaan rancangan mega survival yang sangat ditunggu-tunggu yang telah mendapat jangkaan yang luar biasa daripada peminat di seluruh dunia.

 

5. Menampilkan tiga orang panel dan seorang bintang undangan popular

IMG 7193

Dalam program pertandingan yang penuh dengan suasana tegang, The Wedding War juga menampilkan tiga orang panel iaitu Jang Sung Kyu, Choi Soo-young SNSD dan juga Lee Eun Ji. Ketiga-tiganya akan saling memberi komen terhadap para peserta yang sedang bertanding.

Selain tiga panel tetap tersebut, setiap episod juga akan menampilkan seorang bintang undangan sehingga membuatkan program ini semakin menarik. Dalam episod pertamanya Lee Ki Woo terpilih sebagai bintang undangan kerana dia merupakan pelakon yang baru mendirikan rumah tangga pada September 2022.

IMG 6718

Konsep ‘The Wedding War’ bergema bukan sahaja di Korea tetapi juga di seluruh dunia, menarik minat dan jangkaan yang besar daripada peminat antarabangsa. Memandangkan peminat di seluruh dunia ingin tahu tentang budaya perkahwinan Korea dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui lebih lanjut kisah perjuangan setiap pasangan dalam rancangan ini.

Jadi, tunggu apa lagi? Jomlah kita tonton The Wedding War yang ditayangkan setiap hari Selasa, hanya di Viu! Tonton disini

Baca juga: “Durian’s Affair” – Mengapa Perlu Tonton Kdrama Ini?
Baca lagi: Durian’s Affair – Kenapa Du Ri An dan Kim So Jeo Merentas Masa dari Zaman Joseon ke Tahun 2023?