Home Disney+ The Worst Of Evil: 9 Penderitaan Park Jun Mo, Sering Dipandang Rendah

The Worst Of Evil: 9 Penderitaan Park Jun Mo, Sering Dipandang Rendah

0

The Worst of Evil kini sedang ditayangkan di Disney+ Hotstar. Drama siri ini menceritakan tentang seorang pegawai polis yang menyamar sebagai anggota geng kartel dadah Gangnam untuk menyiasat tentang kes jenayah dadah tersebut. Pegawai polis itu adalah Park Jun Mo (Ji Chang-wook).

Park Jun Mo mahu melakukan misi berbahaya tersebut kerana tekanan hidup. Walaupun sudah berusaha, kehidupan Park Jun Mo tidak pernah menjadi lebih baik. Berikut adalah tujuh penderitaan hidup Park Jun Mo dalam The Worst of Evil.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

 

The worst of evil

1. Park Jun Mo mempunyai seorang ayah yang merupakan seorang penagih dadah.
Dia tidak pernah merasakan kehidupan yang baik sehingga dia membenci ayahnya

 

f77eb5bf dae3 49d0 a242 4ce032ac7d2f2. Mengambil jalan hidup yang berbeza dari ayahnya, karier Park Jun Mo sebagai pegawai polis ternyata tidak boleh berkembang ke peringkat yang lebih setelah ayahnya membuat masalah

 

482f97e9 6c13 4694 b2ab 6dedd60a179a3. Pangkat Park Jun Mo tidak pernah naik walaupun dia telah bekerja keras. Perkara itu membuatnya direndah-rendahkan oleh saudara mara isterinya, Yu Eui Jeong (Lim Se Mi)

 

2a9a01ea 3801 4565 b8d9 fcf6de1760d94. Demi untuk naik pangkat, Park Jun Mo rela melakukan misi berisiko tinggi untuk menyamar sebagai salah seorang anggota geng Gangnam walaupun nyawanya menjadi taruhan

 

cb9d8ef4 fc36 4de1 9c83 7dc4fb5bcb7b5. Untuk mendapatkan kepercayaan ketua kartel dadah iaitu Jung Ki Cheol (Wi Ha Joon), Park Jun Mo sering bertarung dan berlawan sehingga beberapa kali merisikokan nyawanya sendiri

 

822a666a 612f 4b7c a915 02aaaae301d06. Park Jun Mo mengetahui bahawa Jung Ki Cheol pernah mempunyai hubungan istimewa dengan isterinya sewaktu mereka masih muda dan lelaki jahat itu berniat mengambil hati isterinya kembali

 

IMG 72657. Mahu tidak mahu, Park Jun Mo perlu menahan emosi supaya identitinya tidak diketahui. Salah satu sebab adalah kerana waktu ini isterinya juga terlibat dalam misi berisiko tinggi ini

 

32eed70e afeb 47e5 8d83 2392b8016c1f

8. Park Jun Mo menjadi semakin jarang pulang ke rumah. Dia perlu mencuri waktu dan melihat kesempatan dan masa yang sesuai untuk boleh menemui isterinya

 

1051f7cb f21a 4474 a12e 000527e1eec49. Demi tugas, Park Jun Mo tidak boleh memberi salam terakhir di hari pengkebumian ibu mertua yang selalu menyokongnya dalam segala situasi yang pernah dihadapinya

Bercita-cita untuk membuatkan hidupnya menjadi lebih baik, Park Jun Mo terjerat di dalam kehidupan Jung Ki Cheol. Sehingga di episod 5 “The Worst of Evil”, masih belum ditemui bukti tentang jenayah dadah oleh sindiket Gangnam. Kita tunggu sambungan kisah Park Jun Mo setiap hari Rabu di Disney+ Hotstar ya!

Baca lagi: The Worst of Evil: 7 Kekejaman Jung Gi Cheol di Episod 1-5
Baca juga: 8 Kdrama 2023 Mendapat Liputan Meluas, Menjadi Bualan Hangat