Home News The Worst of Evil Bakal Ada Musim ke-2?

The Worst of Evil Bakal Ada Musim ke-2?

0

The Worst of Evil sudah tamat pada Rabu, 25 Oktober 2023. Walau Park Jun Mo berjaya menyelesaikan misi utamanya, namun penonton masih membuat spekulasi bahawa drama siri ini mempunyai pengakhiran yang tidak membahagiakan.

Ramai juga penonton yang masih tertanya-tanya, adakah ada kemungkinan musim ke 2 untuk drama siri ini.

Jom sama-sama kita lihat beberapa kemungkinan yang ada untuk “The Worst of Evil” seperti di bawah ini!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Ending Kdrama ini sesuai dengan realiti kehidupan dan dianggap masuk akal

7a35d5a4 375d 4733 9c50 d2c39c729ec3The Worst of Evil (2023) menampilkan ending yang masuk akal dan dekat dengan realiti kehidupan. Pihak polis berjaya menangkap organisasi dadah Jepun, Korea, dan juga Cina.

Selain itu, Park Jun Mo (Ji Chang-wook) dan Yu Eui Jeong (Lim Se Mi) semakin berjaya sebagai polis. Namun, ada harga mahal yang perlu mereka bayar, contohnya mereka terpaksa memperjudikan perkahwinan dan juga persahabatan. Selain itu, majoriti penonton setuju bahawa pemergian Jung Gi Cheul (Wi Ha Joon) sangat memilukan.

 

2. Kemungkinan ada musim 2 sangat tipis, kenapa?

4ed123d9 aa6d 4ce8 bdf5 e6c934dd265aDrama siri ini berjaya menjawab semua persoalan dan misteri yang wujud di beberapa bahagian pada episod awal. Contohnya, Park Jun Mo berjaya menumpaskan organisasi dadah dan dia berjaya naik pangkat. Selain itu, Jung Gi Cheul juga diceritakan mendapat pengakhiran pilu iaitu meninggal dunia.

Tentu sahaja drama siri ini berpotensi untuk tampil dengan musim ke 2, jika kita masih mengintip misteri dari watak-watak lain. Contohnya seperti Lee Hae Ryeon (BIBI) yang pergi ke Hong Kong dan juga Lee Oson (Gwon Ji Hun), ketua sindiket Cina yang berjaya melarikan diri. Jika muncul dengan musim ke 2, pasti sukar untuk mewujudkan premis cerita di sekitar Park Jun Mo.

 

3. Belum ada pengesahan dari pihak Disney+ Hotstar dan pihak penerbitan

The worst of evil Hingga artikel ini disiarkan, pihak Disney+ Hotstar dan pihak penerbitan The Worst of Evil (2023) belum mengesahkan sebarang kemungkinan tentang musim ke 2 untuk siri ini.

Sebahagian besar penonton cukup berpuas hati dengan ending yang ditampilkan.
Jumlah 12 episod The Worst of Evil (2023) boleh anda tonton di Disney+ Hotstar! Sementara itu, kita tunggu sahaja maklumat seterusnya!

Baca lagi: Penjelasan Ending The Worst of Evil, Masuk Akal atau Tidak?
Baca juga: The Worst of Evil: Nasib Akhir 11 Watak