Home News Through The Darkness: Berdasarkan Kisah Benar Profiler Jenayah Pertama Di Korea

Through The Darkness: Berdasarkan Kisah Benar Profiler Jenayah Pertama Di Korea

0

Di sebalik keamanan hidup kita, berdiri sepasukan polis yang bertungkus-lumus membanteras jenayah dan menjaga ketenteraman masyarakat.

Ternyata bidang kepolisan dan penyiasatan ini ada pelbagai cabang termasuk forensik khususnya yang bermain dengan psikologi yang dipanggil profil jenayah atau ‘criminal profiling’.

Dalam artikel lepas, DaebaKing pernah cerita tentang apa itu kerjaya criminal profiler yang sering diangkat dalam K-drama seperti ‘Tell Me What You Saw’, ‘Criminal Minds: Korea’ dan banyak lagi.

Apa Itu ‘Criminal Profiler’, Kerjaya Yang Sering Diangkat Dalam K-Drama?

Terdapat sebuah K-Drama yang memaparkan bagaimana profiler jenayah mula berkembang di Korea. Apa yang menarik, drama bertajuk ‘Through The Darkness’ ini diangkat daripada pengalaman sebenar seorang profiler jenayah pertama Korea Selatan, Kwon Il-yong.

Bersama penulis Go Na Moo, Kwon Il-yong memuatkan kisahnya mengendalikan beberapa kes jenayah paling terkenal di negara Korea sekitar awal 2000-an dalam buku memoir berjudul ‘Those Who Read Hearts Of Evil’ sebelum diadaptasi menjadi drama ini.

Sinopsis & Review ‘Through The Darkness’ (Mengandungi sedikit spoiler)

Berlatarkan lewat 90-an, ‘Through The Darkness’ menggambarkan perkataan ‘profil jenayah’ ketika itu agak asing dan tidak diterima secara terbuka.

Episod terawal menggambarkan betapa sukarnya ketua forensik Young Soo untuk meyakinkan pihak atasannya supaya menubuhkan pasukan profiler bagi menyelesaikan kes jenayah yang lebih rumit.

Niatnya selalu dipersendakan oleh rakan-rakan setugasnya. Namun dia nampak potensi seorang detektif bernama Ha Young yang jenis boleh memahami orang dan mengajaknya sertai pasukan Penganalisis Kelakuan Penjenayah.

2 6

Ha Young mempunyai naluri kemanusiaan dan empati yang tinggi. Hal ini terserlah semenjak dia kecil lagi ketika terjumpa mayat seorang wanita di dalam tasik.

Kanak-kanak lain mungkin sudah trauma dengan insiden berkenaan, berbeza dengan Ha Young yang simpati dan beremosi melihatkan jasad kaku wanita tersebut yang mungkin mati dalam derita di bawah air itu.

Selain konsep profiling jenayah, watak Ha Young lakonan mantap Kim Nam Gil (bintang The Fiery Priest) turut mengembangkan cerita. Menerusi drama ini, anda boleh saksikan bagaimana dia dan Young Soo menggunakan teknik profiling untuk mengenal pasti suspek. Mereka tidak hanya cuba menegakkan keadilan untuk si mati tetapi turut mengambil berat tentang keluarga mangsa.

Drama ‘Through The Darkness’ ini anda boleh tonton di Viu.