Home Video Tiada Bungkusan Untuk Kakak, Reaksi Kanak-Kanak Ini Selepas Diusik Ibu Jadi Perhatian...

Tiada Bungkusan Untuk Kakak, Reaksi Kanak-Kanak Ini Selepas Diusik Ibu Jadi Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok marrkhairul, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang ibu berkongsi cerita mengenai anak perempuannya yang berubah wajah selepas disangkakan bungkusan yang sampai ke rumah itu kepunyaannya. Namun si ibu pula usik, mengatakan bungkusan itu bukan kepunyaannya tetapi untuk adik-adik.

Reaksi kanak-kanak ini yang terus berubah wajah selepas si ibu berpura-pura tidak membelikan barang untuknya, mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 10 10 142945
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan sikap anak pertama sememangnya sebegitu dan ramai lagi yang pernah berpengalaman sebegini serta perlu mengalah untuk adik-adik. Ada juga yang mengatakan reaksi kanak-kanak ini membuatkan para penonton pula yang berasa serba salah kerana si ibu mengusik bahawa beliau tidak membelikan apa-apa untuknya.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 140.2K penonton, 4673 sukaan dan 464 komen.

Baca lagi: Kakak Minta Jagakan 3 Orang Anak, Bila Minta Duit Untuk Beli Barang Keperluan Lain Pula Jadinya

Baca lagi: Tak Perasan Polis Trafik Di Hadapan, Reaksi Pemandu Hilux Langgar Lampu Isyarat Tarik Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek reaksi kanak-kanak ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@wawajuwa: huhu saya nampak diri saya masa kecik kat diri adik ni. sulung perempuan, sampai kebesar banyak pendam je tpi tetap utamakan keluarga dari segalanya

@Aneesa’s zone: alaaa kakak. awk da mcm anak sulung aunty. baby xkeluar lg tp bile sampai parcel bby, die akan menung siap ckp banyaknya barang baby.

@KakLongHanie: apa yg mama beli untuk kakak tu..aunty nak tahu juga,btapa happy nya kakak.

@mummy Roza: mommy pulak terharu.. bukan boleh cita2 cam gini

@nadiatul_syahira: sy kalau nk beli apa² untuk anak² kalau untuk abg xde sy x beli untuk adik.x ada untuk adik untuk abg pon sy xbeli

@ainishopcentre: alamak,saya terbalik,saya byak beli barang untuk anak sulong, sbb die mcm bff saya, adik2 die lantak la, janji makan minum kenyang, haha.. ..

@honeymaniss: ya allah kesian tengok muka dia sedih pilu. saat dia terus happy mata saya terus auto masuk habuk , kita mak sanggup apa saja untuk anak2.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram