Tiada perkataan mampu untuk menggambarkan Big Bang kerana kumpulan itu telah menetapkan dirinya di dalam senarai kumpulan paling legenda dalam industri K-pop.
Big Bang telah mengeluarkan banyak lagu hit dan telah mengumpulkan ramai peminat dari seluruh dunia. Big Bang telah menjadi jenama itu sendiri dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam industri muzik.
Walaupun empat tahun menyepi sebagai sebuah kumpulan, Big Bang mencapai beberapa rekod dengan single terbaru mereka, “Still Life.”
Walaupun selepas berehat panjang dari industri muzik, kumpulan itu mencapai ‘Perfect All Kill’ kerana mereka mengungguli semua carta muzik utama di Korea Selatan.
Disebabkan populariti yang besar, Big Bang telah menjadi ikon kepada ramai artis baharu yang bercita-cita untuk menjadi seperti mereka. Dan kerana aspek ini, sepertinya Big Bang mempunyai ramai peminat lelaki berbanding kumpulan lelaki lain.
Netizen membincangkan sebab mengapa Big Bang mempunyai ramai peminat lelaki dan mengulas, “Saya rasa imej Big Bang adalah apa yang lelaki mahu capai. Ia adalah imej yang jantan lagi mewah. Saya rasa Big Bang mempunyai imej yang sempurna yang difikirkan hebat oleh lelaki,”
“Saya rasa lagu-lagunya bagus dan imej G-Dragon sangat hebat,”
“Saya rasa lagu-lagu mereka sesuai untuk citarasa lelaki dan ia benar-benar trendy,”
“Mereka mempunyai lagu yang bagus, mereka mempunyai kemahiran, dan juga mereka kelihatan seperti mereka tidak tidak peduli dengan apa yang orang lain fikirkan. Itu adalah vibe rockstar yang mereka ada.”
Sumber: [1]