Seorang rapper Amerika Joe Budden telah mendapat kecaman hebat gara-gara komennya terhadap BTS yang hadir di Grammy Award 2022.
Pada 6 April lalu dia telah meluahkan perasaannya terhadap kumpulan BTS di podcast “The Joe Budden Podcast” dengan mengatakan “Aku benci BTS”.
Kemudian, Ice dan Ish (yang turut berada di dalam podcast tersebut) mengatakan bahawa tindakannya agak melampau dan apa alasannya membenci BTS. Dengan angkuh, Joe bertanya “Memang kena ada sebab ke untuk membenci mereka?”
Tambahnya lagi, “Aku tak ingin melihat mereka menari. Aku tak ingin pun tengok mereka duduk bersama penonton kemudian berhubung seperti Voltron di atas pentas sambil melakukan gerakan (boyband) 98 Degrees, (merujuk kepada persembahan BTS di Grammy 20220)”
Yang kelakarnya, Joe Budden dengan yakin mengatakan bahawa BTS berasal dari Tiongkok, yang kemudiannya dibetulkan oleh hos yang lain yang mengatakan bahawa BTS berasal dari Korea Selatan.
Tidak mahu mengaku kalah, dia kemudian menyebut BTS sebagai NSYNC (Boyband Amerika) versi Korea Selatan. Dia kemudian tertanya-tanya, mengapa dia tidak boleh membenci artis yang popular tanpa sebab.
Tidak lama kemudian, ARMY mula menyeranganya dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka di Twitter tentang komen Joe Budden terhadap BTS itu.
Joe Budden juga mengambil kesempatan menggunakan akaun Twitternya dan mengatakan bahawa dia tidak akan ‘dibuli’ hanya kerana pendapatnya itu. Hal itu yang telah membuat ARMY semakin marah dan mengarahkan permohonan maaf dari Joe Budden kepada BTS.