Bagi para peminat drama Melayu yang tidak suka menonton episod berdurasi panjang dan suka jalan cerita ala-ala drama romcom Korea, drama bersiri terbaru Viu “Tiada Seperti Leyla” boleh menjadi pilihan terbaik.
Drama siri “Tiada Seperti Leyla” menawarkan durasi yang singkat iaitu dalam 3-4 minit untuk setiap episod. Sesuai untuk anda yang sukakan drama yang santai dan boleh tengok melalui telefon bimbit atau gajet yang lain. Walaupun berdurasi pendek, jalan ceritanya tetap menarik, ringan dan tidak kurang hebatnya dengan drama siri yang memiliki durasi panjang.
“Tiada seperti Leyla” menceritakan seorang gadis, Leyla (Rita Nadira) yang mempunyai sifat agak keras dan “boyish”. Tetapi di tempat kerja, Leyla sangat profesional dan cekap dalam pekerjaannya. Malangnya, sebagai seorang penuntut universiti yang masih menjalankan program intern, Leyla telah dibuang kerja sebanyak 3 kali.
Ini kerana semua majikan yang ditemuinya suka mengambil kesempatan, miang dan licik. Leyla harus mempertahankan dirinya sehingga berlaku pergaduhan dan menumbuk majikannya hingga hidung berdarah.
Leyla kemudian diberi peluang terakhir untuk bekerja di sebuah syarikat besar tetapi dengan syarat. Leyla tidak dibenarkan jatuh cinta dengan anak majikan syarikat yang turut bekerja di situ.
Leyla pun memulakan semula program internnya di syarikat itu. Tanpa disangka, penyelianya adalah Daniel (ALVN) sahabat baiknya di sekolah menengah yang kini musuh ketatnya. Mereka mula bermusuhan apabila Daniel bercakap buruk tentang Leyla di hadapan kawan-kawannya.
Pertemuan semula ini menghidupkan kembali dendam lama. Mereka sering bertekak dan saling berbalas dendam. Namum seiring masa, percikan yang tidak dijangka telah menumbuhkan perasaan baru yang mengubah hubungan mereka. Mengubah musuh menjadi sesuatu yang lebih bermakna.
Nak tahu apa akan berlaku seterusnya? Jangan lupa untuk strim setiap episod setiap hari di Viu tau! Plot cerita enemies to lovers ini pasti buat ramai hati berbunga-bunga serta terhibur. Jangan lepaskan ya!
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Melayu tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: Fattah Amin & Riena Diana Dedah Ajaran Sesat Dalam Drama Siri Terbaru Viu, Bidaah
Baca juga: Crushology 101, Drama Romcom Terbaru Roh Jeong Eui, Terjerat dengan 4 Jejaka Kacak