Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok amiruldiver_bomba, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang bapa yang sedang membuat satu perjanjian besertakan beberapa kertas untuk kedua anak perempuannya menyatakan untuk tidak mempunyai ‘teman lelaki’ sehingga tamat belajar. Namun gelagat anak beranak ini juga membuatkan penonton terhibur melihat reaksi masing-masing dengan secara spontan dan selamba.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi mereka anak beranak ini sememangnya membuatkan netizen terhibur melihatnya. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen, mengatakan ingin melakukan perkara yang sama kepada anaknya jika mendapat rezeki cahaya mata perempuan. Video klip ini juga telah tular di media sosial dan menjadi perhatian ramai.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 71.5K penonton, 5463 sukaan dan 108 komen.
Baca lagi: “Dia Ingat Whiteboard Ke” -Reaksi Kanak-Kanak Ini Selepas Conteng Kereta Atuk, Buat Ramai Terhibur
Baca lagi: Tinggal Sekejap Dalam Bilik, Reaksi Anak Pula Buat Ramai Tak Sangka
Lihat klip durasi pendek reaksi anak beranak ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@band-aid: agak-agaknya waktu aku kecik, aku pun ada sign perjanjian ni, tu yg sampai sekarang masih single
@Hana: aku pun dah sign perjanjian ni agaknya, sampai tamat belajar bru nk cari calon
@Maid the oyen: Ramai saksi ni. Kira sah oo dik. Benda tak boleh dik.
@Syafikanaylashop: Weii comelnyee , nak buat jugak lah untuk anak dara sorang ni
@nurul : entah la cik saya yang takde perjanjian dengan ayahanda time baby pun umur dah 27 still takde boyfriend
@thyramalik: mungkin bapak aku buat perjanjian gini kot dulu, tu single sampai sekarang HAAHHAHAHA
@Ayang: Bila bedue ni dh besar bapak dia jmp balek surat2 ni mesti sebakk
@Eeeqa: biasa adek mmg gitu , buat tak dengau je ,buad hal sndiri. kakak fokus hahaa
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram