Pada 1 Mac, Hwa Sa MAMAMOO telah tiba di lapangan terbang Charles de Gaulle untuk Minggu Fesyen Paris, yang berlangsung dari 28 Februari sehingga 8 Mac, di mana pereka paling terkenal akan mempersembahkan koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk yang baharu.
Hwa Sa telah mendapat sambutan hangat daripada peminat sebaik sahaja tiba di Paris.
Menurut video yang dimuat naik oleh peminat di Paris, Hwa Sa dilihat dengan manis membuat ‘flying kiss’ dan melambai ke arah peminatnya ketika dia keluar dari lapangan terbang.
Baca lagi: Inilah Sebab Lee Kwang Soo ‘Memarahi’ Kim Woo Bin Di Unexpected Business 2
Namun, apa yang mengejutkan ramai netizen dan peminat ialah apabila Hwa Sa berjalan di lapangan terbang itu tanpa pengawal keselamatan. Oleh itu, idola itu terpaksa keluar dari lapangan terbang sambil dikelilingi ramai peminat.
Dalam video itu, dapat dilihat bahawa peminat sedang berjalan mendekati idola itu dan cuba mengambil gambar bersamanya semasa dia berjalan sambil menarik troli bagasinya.
I understand everyone is excited and happy to see Hwasa, it's nice to see her out of Asia too. And we also don't know if she's on a personal travel or for fashion week.
But please respect her private space. We're still in the middle of a pandemic.
— HWASA GLOBAL | 화사글로벌 (@HwasaGlobal) March 1, 2022
Walaupun beberapa peminat kelihatan menempatkan telefon bimbit mereka ke bahagian depan mukanya, Hwa Sa tetap kelihatan tenang dan bersikap baik kepada peminatnya.
Hwa Sa juga dilihat berhenti untuk bergambar bersama peminatnya dan bertanya khabar kepada mereka semua. Semua orang mengatakan bahawa personaliti Hwa Sa sangat baik.
Namun begitu, ramai netizen dan peminat kecewa kerana nampaknya sebahagian peminat di Paris gagal memberikan Hwa Sa ruang peribadi, mengelilinginya dan menceroboh ruang peribadinya.
Sumber: allkpop