Home Video Tiba-Tiba Anak Muntah Darah Dan Rasa Tercekik, Rupanya Ini Yang Terjadi

Tiba-Tiba Anak Muntah Darah Dan Rasa Tercekik, Rupanya Ini Yang Terjadi

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok irinenadia, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita berkongsi cerita di mana anak lelakinya telah tertelan duit syiling bernilai 20sen, dikatakan oleh anaknya duit tersebut terjatuh ke dalam mulutnya dan secara tak sengaja beliau tertelan duit syiling itu. Wanita ini juga mengatakan sudah membawa anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan, dan kali pertama X-Ray dibuat dibahagian tekak tetapi tidak mempunyai apa-apa kesan.

Selepas kali kedua membuat pemeriksaan di bahagian abdomen rupanya duit syiling tersebut telah memasuki kawasan perut. Oleh itu, mereka terpaksa mengambil ubat agar melawaskan lagi buang air besar untuk mengeluarkan duit syiling itu. Beliau juga mengatakan selepas 2 atau 3 hari mereka akan kembali ke hospital untuk memastikan duit syiling tersebut sama ada sudah dikeluarkan ataupun belum. Dikatakan jika duit syiling tersebut masih ada di dalam badannya dan terpaksa menggunakan cara lain untuk mengeluarkannya.

Screenshot 2023 11 06 102330
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan detik-detik ini sememangnya membuatkan ibu bapa bimbang dan berasa seperti gugur jantung dibuatnya apabila mendapat tahu bahawa anak-anak mereka tertelan duit syiling. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah alami situasi ini, dikatakan anaknya juga pernah tertelan duit syiling dan ianya mengambil masa selama 3 minggu.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 240K penonton, 8394 sukaan dan 185 komen.

Baca lagi: Tanggung 5 Orang Anak Selepas Kematian Isteri, Reaksi Kanak-Kanak Ini Dapat Bantuan Pula Jadi Perhatian Ramai

Baca lagi: “Rosak Laa Mesin Basuh Orang”-Suami Isteri Selamba Masukkan Tilam Dalam Mesin Pengering Dobi

Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Fafa: Alamak Umar sayang… Cepat sembuh yeee. Nak makan nasik byk2 lagi nanti ni

@Ila: Bila kata tetelan duit ingat si adik Skali si umar.. Alahai abg nye..

@Ee: Ikut ayah dia rupanya pengalaman adoi umar cepat sembuh

@hanamama33: anak Sy pernah tersedut kacang tanah dlm lubang hidung.. adoiii

@solehabenyahya: semoga umar cepat sembuh.takde apa2..sihat semuanya

@@Mrs Shidie die: Sis try bg minum minyak kelapa dara,pengalaman ank sya tertelan duit syiling ,xray pon duit tu disitu juga, 3 minggu baru keluar melalui najis

@Miaa: ya Allah, smoga dimudahkan urusan. mcm mana boleh tertelan huhu

@Merlyn: anak saya masukkn pau dalam hidung…mase tu dlm kerete tgh mlm..dlm samar2 tu saya sedut gune straw vitamin.. dah mcm mkn gear box

@MomyHaider: Anak saya baru beberapa hari lepas tercelik duit syiling 50sen muntah sampai naik mata hitam dady dia tepuk kuat2 dgan kuasa allah tersembur keluar

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram