Lelaki ini terima RM225 bilion masuk akaun bank, lelaki ini menjadi jutawan sekelip mata apabila sejumlah wang RM225 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya baru-baru ini. Duit beratus bilion itu tiba-tiba berada di dalam akaun banknya diibaratkan durian runtuh buatnya kerana berasa bertuah menjadi jutawan sekelip mata.
Darren James bapa kepada dua anak itu mengatakan, isterinya yang terkejut dengan keadaan itu segera memaklumkan kepadanya mengenai sejumlah wang yang muncul secara tiba-tiba itu. Darren turut mengatakan, perasaannya terkedu dan tidak percaya mula menyelubungi diri setelah melihat akaun bank miliknya ‘penuh’ dengan ‘wang besar’ yang bukan miliknya.
“Kejadian yang berlaku sangat tidak disangka-sangka kerana saya tidak pernah melihat begitu banyak angka kosong dalam hidup saya”
Darren juga berangan mahu membelanjakan dengan membeli rumah atau kapal layar dengan wang tersebut. Beliau juga seakan keliru dengan pemindahan itu dan mula bertanya mengenai kedatangan asal wang berkenaan.
Memandangkan beliau tidak tahu dari mana datangnya wang itu, Darren melupakan nagannya dan mahu memulangkan wang kepada pemilik asal.
Setelah perkara tersebut dilaporkan kepada pihak bank Chase, mereka pun memulakan siasatan mengenai kes kesilapan transaksi berkenaan untuk mendapatkan wang itu kembali. Setelah 2 hari kemudian, RM225 bilion yang berada dalam akaunnya itu ‘ditarik’ semula dan akhirnya kekayaan yang dimiliki sementara itu ‘dilenyap’ buat selama-lamanya.
“Duit tu tak menunjukkan sebarang pemindahan pun. Duit tu muncul pada hari Sabtu semasa kami buat pembayaran deposit kepada anak perempuan kami. Selama dua hari je duit tu ada dalam bank, hari Selasa dah takda”
Malah jelas Darren, jika beliau memiliki wang sebanyak itu dengan cara yang sah, pasti dirinya akan memanfaatkannya dengan membantu orang lain yang lebih memerlukan.
“Saya akan bantu orang lain untuk beri harapan bahawa sebenarnya benda positif masih wujud lagi kat dunia ini. Itulah impian terbesar saya”
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang