Tak pernah bermimpi jadi jutawan, pemuda miskin ini terkejut lihat bank tersalah masuk duit sebanyak RM780 juta ke dalam akaun bank. Lelaki ini tidak pernah bermimpi untuk menjadi jutawan, tetapi bagaimana kalau wang sebanyak RM780 juta secara tiba-tiba masuk ke dalam akaun simpanan. Apakah dia akan menyerahkan semula kepada bank ataupun terus membelanjakan sehingga habis?
Inilah ‘durian runtuh’ yang diterima oleh lelaki ini yang dikenali sebagai Liu sebaik sahaja memohon kad kredit baharu di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan.
Ketika dalam perjalanan pulang dari bank tersebut, Liu menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) telah secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun simpannya.
Liu kembali semula ke kaunter bank dan kemunculannya memang melegakan pegawai bank kerana ia berpunca daripada kesilapan kakitangan bank sendiri.
Rupa-rupanya ‘1212405360’ adalah nombor akaun bank Liu tetapu atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan ke dalam akaun simpannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.
Liu mengakui walaupun hanya tiga jam beliau mendapati wang tersebut, tetapi tempoh sukar dilupakan kerana inilah kali pertama beliau menjadi ‘jutawan’ sepanjang hayatnya.
Atas kerjasama yang diberikan, Liu diberikan ‘ang pau’ sebanyak 200 Yuan (RM130) sebagai sagu hati oleh pihak bank.
Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.
Namun sikap Liu sememangnya patut dicontohi, dan menjadi salah seorang yang jujur apabila menghadapi perkara sebegitu. Maklumlah, orang zaman sekarang rambang mata, lagi-lagi jika duit sebanyak itu tiba-tiba masuk ke dalam akaun.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang