Sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Jika anda adalah selebriti maka anda pasti mendapat perhatian media, jika tidak maka ia adalah antara keluarga ataupun kenalan.
Walau apapun situasinya, kisah kecurangan pasangan bukanlah isu yang patut dipandang ringan. Berbanding lelaki, wanita selalunya menjadi mangsa dalam kes sebegini. Tidak kurang juga ada isteri yang menjadi mangsa dera oleh suami kerana sifat panas barannya.
Ada yang tertangkap melakukan hubungan sulit dalam motel/hotel, ada juga melalui bukti yang diterima daripada kenalan atau keluarga suami keluar bermesra berdua-duaan. Dan yang paling parah apabila isteri itu sendiri menjadi mata saksi melihat kecurangan suaminya sendiri.
Ya, namun bukan semua lelaki mempunyai sifat sedemikian. Malah lelaki juga ada yang dicurangi dan dikhianati oleh pasangannya. Dan kebiasaannya, faktor isteri berlaku curang agak berbeza dengan lelaki.
Apapun alasannya, perlakuan curang adalah sesuatu yang tidak elok, tidak manis bagi golongan ini iaitu sesuatu di luar konteks masyarakat.
Baca Lagi: Lee Sang Yoon Raja Watak Curang Dan Pasangan Paling Serasi
Diruangan artikel ini juga, min ingin berkongsi dan mengulas satu drama dari Thailand yang bertemakan “pasangan curang”.
Drama Thailand yang bertajuk “My Name is Reya” keluaran tahun 2021 ini mengfokuskan tentang seorang wanita cantik bergelar perempuan simpanan kepada lelaki yang kaya. Tetapi kerana kaya tersebut tidak dapat memenuhi kehendaknya, wanita itu mencari keseronokan diluar dan mencari lelaki lain yang boleh memuaskan kehendaknya.
Drama bergenre romantik thriler sebanyak 41 episod berdurasi 40 minit setiapnya boleh ditonton secara striming di Viu Malaysia.
Barisan Pelakon:
• Helah Laila Boonyasak sebagai Reya
• Wongsakorn Paramatthakorn baharu sebagai Kietkorn
• Iang Sittha Sapanuchart sebagai Roibun
• Yardthip Rajpal sebagai Yaowarat
• Pete Thongchua sebagai Yordaying
• Willie Ruengrit McIntosh sebagai Bin
Drama ini merupakan sekuel dari drama Thailand, Dok Som See Thong yang telah banyak mendapat sambutan luar biasa ketika tayangannya serta respon positif dikalangan peminatnya.
“MY NAME IS REYA (2021)” merupakan sebuah drama Thailand yang cukup menarik mengfokuskan kisah kehidupan seorang wanita yang bernama REYA, anak kepada orang gaji dirumah agam mewah sebuah keluarga keturunan Cina-Thai yang sangat berpengaruh di Thailand.
Dek kerana tidak ingin dipandang hina dan keinginan untuk merasa hidup mewah, Reya yang bercita-cita tinggi sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasratnya.
Reya sanggup menjadi perempuan simpanan kepada lelaki kaya yang telah bergelar suami kepada wanita lain. Tak cukup dengan itu dia juga menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki kaya lain. Bersilih ganti tidak kira umur, yang penting dapat memberikan apa yang dia hajati.
Sehinggalah satu hari, Reya diperangkap dan ditinggalkan dalam majlis perkahwinannya sendiri apabila pengantin lelaki itu tidak muncul-muncul juga dan ini telah membuatkan Reya hilang pertimbangan.
Kemudian Reya mendapat tahu yang lelaki tersebut adalah seseorang yang ada kaitan dengan masa silamnya dan mempunyai niat untuk membalas dendam terhadap Reya kerana perbuatan Reya yang hampir meruntuhkan rumahtangga orang lain.
Memandangkan Reya adalah seorang wanita yang sangat bercita-cita tinggi dan pantang dicabar, Reya mula menyimpan dendam terhadap keluarga lelaki tersebut.
Maka bermulalah episod kehidupan Reya yang dipenuhi skandal, penipuan, serta pengkhianatan. Rasa obsesinya terhadap harta dan kekayaan membuatkan Reya buta hati, buta mata, buta akal dan tidak lagi dapat membezakan mana yang betul mana yang salah.
Apakah kesudahannya kisah si Reya ini nanti? Mampukah dia hidup bahagia atau sebaliknya?
Baca Juga: Putera William Curang?