Tiffany Young merupakan salah seorang ahli Girls Generation yang telah diwawancara Vogue Korea setelah dia kembali ke Korea.
Dia kemudiannya meceritakan salah satu pengalamannya yang kelakar bersama dengan sebuah teksi karaoke.
Ketika Tifanny berada di Mokpo, dia telah terjumpa sebuah teksi yang menarik. Walaupun ia kelihatan seperti teksi biasa dengan papan tanda yang mendakwa mereka adalah “pemandu terbaik selama lima belas tahun,” dia melihat sesuatu yang unik.
Sebaik sahaja teksi sampai, Tiffany Young melihat “terdapat bola disko di dalam teksi tersebut” dan “sebuah mesin karaoke.”
Sepanjang perjalanannya, dia memanfaatkan sepenuhnya kedua- dua ‘features’ itu dengan menyanyikan lagu “8282” Davichi.
Untuk lagu yang terakhir, dia memutuskan untuk menyanyikan lagi di awal kemunculan Girls Generation. Tiffany Young telah memilih untuk menyanyikan lagu “Into The New World”.
Bangga dengan lagu hit kumpulan dan suaranya, dia bertanya kepada pemandu, “Apa pendapat anda?”
Jawapan daripada pemandu teksi yang tidak dijangka itu membuatkan dia ketawa.
Pemandu itu berkata, “Saya rasa anda boleh meneruskan kerjaya dalam nyanyian jika anda mahu.”
Mengenangkannya pun membuatkan Tiffany Young ketawa. Sambil tersenyum, dia berkata pengalaman bersama teksi itu “sangat menyeronokkan.”
Bahagian paling lucu ialah apabila pemandu itu tidak tahu bahawa dia adalah penyanyi sebenar lagu itu dan kini merupakan seorang pelakon muzikal untuk Chicago.
Sumber: Koreaboo