Home News Tiga Tahun Anjing Ini Tunggu Tuannya Yang Tak Pernah Kembali

Tiga Tahun Anjing Ini Tunggu Tuannya Yang Tak Pernah Kembali

0

Namanya Fu Shi. Seorang wanita warga emas dari Busan, Korea Selatan yang beri nama itu kepadanya setelah anjing itu dijumpai berkeliaran di jalanan beberapa tahun lepas dan dibela.

Hari-hari bahagia mereka bersama tidak kekal apabila suatu hari, wanita tersebut ditimpa sakit nyanyuk dan dibawa pergi ke rumah penjagaan orang tua.

Tinggal lah anjing kecil itu sendirian di rumah tersebut, tanpa mengetahui tuannya tak akan balik lagi.

Pun begitu, Fu Shi setia menunggunya selama tiga tahun. Hari-hari ia tunggu di suatu sudut lorong, duduk situ sampai malam sebelum pulang ke rumahnya yang kosong.

 

loyal dog Fu Shi
Via Oddity Central

Perutnya diisi dengan makanan atas belas ihsan jiran-jiran, begitulah caranya survive. Tetapi tiada siapa yang boleh hapuskan kesedihannya.

loyal dog Fu Shi2
Via Oddity Central

Tersentuh dengan kesetiaan anjing tersebut, salah seorang jiran menghubungi penyelamat haiwan dan menceritakan segala-galanya.

Selepas buat pemeriksaan ke atas Fu Shi, doktor haiwan mengesahkan usianya lapan tahun dan sedang menderita sakit usus. Ia sihat semula setelah dirawat.

loyal dog Fu Shi3
Via Oddity Central

Akhirnya kisah Fu Shi yang menyayat hati menemui penamat yang menggembirakan. Kesetiaannya mendapat liputan media dan mencairkan hati jutaan warga Korea Selatan.

Sebuah keluarga penyayang mengambil alih untuk membelanya. Ia dah ada nama baru sekarang iaitu, Sky.

Sumber: Oddity Central