Home Video Tiktok Shop Di Indonesia Telah Ditutup, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai...

Tiktok Shop Di Indonesia Telah Ditutup, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Sebak

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nnajieyha_laa, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita berkongsi cerita mengenai Tiktok Shop yang sudah ditutup di negara jiran iaitu Indonesia. Beliau mengatakan terkesan dan sebak apabila melihat influencer lain yang merupakan suri rumah menggunakan Tiktok Shop ini untuk mencari sumber pendapatan. Beliau juga mengharapkan agar Tiktok Shop di negara Malaysia masih diteruskan dan tidak ditutup.

Screenshot 2023 10 05 232234
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan banyak influencer dari negara jiran itu membuat jualan yang murah sempena hari terakhir mereka di Tiktok Shop. Ada juga yang mengatakan berasa sebak apabila melihat mereka menahan sebak serta menangis kerana itulah aplikasi yang digunakan untuk mencari rezeki. Netizen mendoakan semoga mereka tabah dan dipermudahkan segala urusannya untuk mencari rezeki.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 495.9K penonton, 15.8K sukaan dan 2419 komen.

Baca lagi: Kerajaan Indonesia Larang Jual Beli Di Tiktok,Tak Sangka Ini Puncanya

Baca lagi: Beri Pesanan Kepada Orang Bujang Yang Ingin Berkahwin, Sekali Respon Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek respon wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@arie_haru: bagi aq lagi kesian org2 yg Ade kedai luar sane, kene tanggung staff lagi

@Dulce Grasa Patisserie: Habis adil ker utk yang buka kedai yg kena bayar lesen tu lesen ni tiap tahun yg kami ni siapa nak kesian.

@DHERBS Online HQ: Aku baru nak berjinak sbb nak cr income tepi. Harap malaysia tak tutup

@rozaihanrosmin: Harap tt Malaysia x tutup. Sya selalu bli kat tt. Support affiliate semua

@Stim Station: Kcian pd peniaga2 kedai. sales drop tp kene byr staff, sewa, api air bagai. Sampai tokey sendiri pon xde gaji. Apapun hidup ni xleh nk selfish

@Mummy Aidenn: Jgn la tutup, dah nak setahun mkn gji stiap bln kat tiktok. Mmg ni je sumber pndptn sbgai suri rmh. Tk prlu krja tngglkn ank

@CikPuan Nuratika: Kedai terlalu mahal djual aku xtk thu nk ckp mcm mn …mostly aku beli baju ank bju sndiri kt ttk aje sbb tu je mmpu

@amryshah86: Baik utk yg niaga online tapi terkesan kepada yg on bisnes fizikal..sewa,pekerja n kos lain2..satu lagi harga main peranan penting. apapun standby je.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram