Home Filem/drama Jepun Tokyo Swindlers Thriller Jenayah Jepun di Netflix, Mengisahkan Sindiket Penipuan Bertaraf Dunia

Tokyo Swindlers Thriller Jenayah Jepun di Netflix, Mengisahkan Sindiket Penipuan Bertaraf Dunia

0

Pernahkah anda membayangkan bagaimana rasanya menjadi sebahagian daripada sindiket penipuan bertaraf dunia?

Tokyo Swindlers ialah siri Jepun yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang menggemari filem thriller jenayah yang bagus, apatah lagi ia dibintangi senarai pelakon berbakat termasuk Go Ayano, Etsushi Toyokawa, Kazuki Kitamura, Eiko Koike dan Pierre Taki.

Diarahkan dan ditulis oleh Hitoshi One, Tokyo Swindlers ialah filem thriller jenayah Jepun terbaharu Netflix, dengan 7 episod telah dikeluarkan serentak pada 25 Julai 2024.

AMARAN!! Dan jika anda merancang untuk menonton siri jenayah ini dalam masa terdekat, kami harus memberi amaran kepada anda kerana siri ini juga mengandungi beberapa aksi “dewasa” atau “seksual”. Namun, anda mempunyai pilihan untuk langkau babak-babak tersebut.

Tokyo swindlers

Dipetik daripada laman web Netflix, sebelum dijadikan drama bersiri, Tokyo Swindlers sudah pun dijadikan filem thriller jenayah. Berdasarkan novel Ko Shinjo dengan nama yang sama, telah diadaptasi dan diskrip oleh Hitoshi One yang memenangi anugerah. Ia mengikuti sekumpulan penipu yang bijak diketuai oleh Harrison Yamanaka (Toyokawa Etsushi), yang cuba melakukan penipuan 10 bilion yen.

Siri Jepun ini akan membawa anda ke dunia yang penuh dengan penipuan. Pelbagai jenayah berkaitan penipuan dilakukan oleh sekumpulan penipu mahir yang berebut-rebut untuk mengaut keuntungan besar daripada perniagaan hartanah yang kotor.

Tokyo Swindlers menawarkan pandangan yang mendalam tentang ketegangan antara pemaju yang tertipu, penipu tanah, dan detektif yang cuba membongkar jenayah mereka.

IMG 5528

Di tengah-tengah harga hartanah yang melambung tinggi di Tokyo, Takumi Tsujimoto (Go Ayano) memutuskan untuk menyelami dunia penipuan hartanah. Dia kemudian bertemu dengan Harrison Yamanaka (Etsushi Toyokawa), seorang ketua sindikit kejam dan terkenal kumpulan penipu hartanah.

Disertai oleh pemberi maklumat Takeshita (Kazuki Kitamura), perekrut artis penipu Reiko (Eiko Koike), dan penasihat undang-undang Goto (Pierre Taki), Takumi memainkan peranan penting sebagai perunding dalam penipuan hartanah. Mereka pakar dalam bidang masing-masing dan merancang satu skim besar yang penuh dengan risiko.

Kumpulan itu menyamar sebagai pemilik hartanah untuk mengaut keuntungan daripada penjualan haram, dengan memalsukan pelbagai dokumen. Harrison dan pasukannya menggunakan dokumen palsu dan merekrut penipu untuk menyamar sebagai pemilik tanah dengan tujuan menipu pemaju tanah besar. Sasaran terbesar mereka ialah sebidang tanah bernilai 10 bilion yen yang terletak bersebelahan kuil Buddha.

IMG 5529

Untuk mencapai matlamat ini, penjenayah akan menyamar sebagai pemilik tanah atau rumah untuk membantu memeterai perjanjian itu, bersama-sama dengan peguam, broker dan pengurus portfolio aset palsu.

Dalam proses transaksi rumit dengan pemilik tanah dan pemaju besar yang ingin menukar fungsi tanah, polis tidak henti-henti mengejar mereka. Di tengah-tengah ketegangan antara penipu, mangsa penipuan, dan detektif, satu siri peristiwa yang tidak dijangka menggegarkan kumpulan penipu.

IMG 5527

Apabila masa berlalu, konflik dalaman mendedahkan kegilaan dan ketamakan di antara mereka. Masa lalu Takumi juga mula didedahkan, menambahkan lapisan kerumitan pada cerita. Konflik dalaman dan luaran ini mencabar keupayaan mereka untuk menjalankan skim penipuan 10 bilion yen.

Persoalan besar yang kemudiannya menghantui kita ialah adakah kumpulan penipu ini akan berjaya melaksanakan skim besar mereka di tengah-tengah menjadi buruan polis?

Tokyo Swindlers juga meneroka motif, ketamakan, dan pembohongan yang mendorong wataknya. Siri ini membawa penonton dalam perjalanan dengan kelainan plot dan kejutan yang tidak dijangka.

IMG 5526

Harrison Yamanaka yang dimainkan oleh Etsushi Toyokawa sangat menonjol dan mencuri perhatian sepanjang siri ini. Terdapat beberapa subplot, jalan cerita yang rumit dan emosi dalam siri Tokyo Swindlers ini.

Senarai Lengkap Pelakon Tokyo Swindlers

IMG 5522

1. Harrison Yamanaka (Toyokawa Etsushi): Ketua kumpulan penipu hartanah yang terkenal dengan kekejaman mereka.

2. Takumi Tsujimoto (Ayano Go): Seorang perunding yang bijak yang menyertai pasukan Harrison untuk membantu menjalankan penipuan, tetapi menyimpan masa kelam yang mengerikan.

3. Takeshita (Kazuki Kitamura): Pemberi maklumat dan penggubal wang dana haram yang ketagih syabu.

4. Reiko (Koike Eiko): Seorang perekrut artis penipu yang mahir memujuk orang.

5. Goto (Pierre Taki): Penasihat undang-undang yang membantu memastikan penipuan mereka kelihatan benar dan sah.

Tunggu apa lagi? Jangan lupa menonton Tokyo Swindlers ya!

Baca lagi: 9 Filem Godzilla Terbaik hingga Terburuk Mengikut Rotten Tomatoes
Baca juga: 5 Drama dan Filem seram Thriller Jepun Ini Bawa Kisah Misteri yang Mengerikan