Home News Tony Fernandes Akui Muak Dengan K-pop, “Jika Seseorang Sebut BTS Lagi Saya...

Tony Fernandes Akui Muak Dengan K-pop, “Jika Seseorang Sebut BTS Lagi Saya Akan Bnuh Diri”

0

Pengasas AirAsia, Tony Fernandes mengaku dirinya bukan seorang penggemar muzik K-pop meskipun mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Korea Selatan.

Tony menjelaskan dia sebenarnya berasa muak dengan muzik K-pop.

Secara bergurau, Tony berkata, dia boleh ‘membun*h diri’ sekiranya terdengar seseorang menyebut mana-mana nama kumpulan popular berasal dari Korea.

bw215

“ Isteri saya orang Korea Selatan, tapi saya muak dengan K-pop. Jika seseorang menyebut BTS sekali lagi saya akan bun*h diri.

“ Atau mereka sebut Blackpink, redpink pink apa pun,” katanya dipetik CNN Indonesia.

Tony berkahwin dengan teman wanitanya yang berbangsa Korea, Cloe sekitar Ogos 2017.

Imej majlis pasangan itu berkahwin menjadi tular dan dikongsi melalui WhatsApp dan media sosial lain.

Namun, pada sisi lain, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia itu mengakui kehandalan Korea Selatan dalam memasarkan muzik mereka sehingga ke pasaran antarabangsa.

“ Saya bertanggung jawab (mengadakan acara) di salah satu stadium di Malaysia, tetapi saya akan dianggap sebagai orang gagal sekiranya tidak berjaya membawa BTS ke Kuala Lumpur,” katanya.

Untuk rekod, tahun lalu, BTS diundang ke persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Muzik bukanlah sesuatu yang baru buat Tony. Sebelum menubuhkan AirAsia, dia pernah berkecimpung dalam syarikat rakaman Warner Music Group untuk Asia Tenggara.

Bahkan, keputusan AirAsia membuka laluan penerbangan Bandung-Kuala Lumpur pada 2004 tidak lain tidak bukan disebabkan ‘kegilaan’ Tony pada muzik dangdut.

“ Saya fikir muzik dangdut itu tak kalah dengan Marcarena,” katanya sambil merujuk lagu Latin yang pernah popular pada tahun 1993.

Pada masa depan Tony berhasrat mempopularkan muzik Pop Asia (A-pop).

Menurut Tony, masyarakat Asia Tenggara lebih berbakat jika dibandingkan dengan Korea.

Dia memberi contoh, Indra Lesmana sebagai salah satu pemain piano terbaik di dunia.

“ Setidak-tidaknya wanita kita (Asia Tenggara) dilihat berbeza antara satu sama lain,” katanya.

Menggunakan jaringan yang ada dan platform dimilikinya, Tony bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak artis Asia Tenggara ke serata dunia.

” Bayangkan jika gadis Filipina, Thailand dan Indonesia bergabung kita bisa memanggil mereka MerahPink atau HitamPink,” katanya berseloroh.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: malaysiakini