Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Treler Musim 2 ‘Pachinko’: Lee Min-ho dan Minha Kim Bersatu Semula Semasa...

Treler Musim 2 ‘Pachinko’: Lee Min-ho dan Minha Kim Bersatu Semula Semasa Perang Dunia Kedua

0

Perkhidmatan media Apple TV+ telah melancarkan treler baru untuk drama Korea “Pachinko” Musim 2.

Drama Korea ini adalah berdasarkan novel tahun 2017 karya Min Jin Lee, musim kedua dengan lapan episod ini akan ditayangkan secara global pada 23 Ogos 2024 akan datang.

PachinkoMusim pertama “Pachinko” (2022) menceritakan tentang kisah Kim Sun Ja yang lahir dan membesar di Busan pada awal abad ke-20 semasa Jepun menjajah Korea. Gadis itu jatuh cinta dengan Koh Han Su dan mereka memiliki anak bersama.

Namun, pada akhirnya Kim Sun Ja berkahwin dengan lelaki lain iaitu Baek Isak (Noh Sang Hyun) dan berpindah ke Jepun. Cerita berterusan dengan Kim Sun Ja dan Baek Isak yang melahirkan Mozasu. Pada tahun 1989 di New York, anak Mozasu, iaitu Baek Solomon, terlibat dengan seorang gadis semasa hendak membeli tanah untuk dibangunkan sebuah hotel.

bf9013de 806b 4677 834f 6d0ad8377c8aMusim kedua masih akan menampilkan majoriti watak utama yang sama. Bagaimanakah sambungan kisah mereka di musim kedua nanti? Sudah tidak sabar bukan?

Baca lagi: Pachinko 2 Kembali Tampilkan Kim Min Ha dan Lee Min Ho, Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi
4df4d2cd 4789 485b 8cd7 a7bcf3160c69Drama Korea “Pachinko” mengisahkan tentang empat generasi keluarga Korea yang berpindah ke Jepun sebelum bermulanya Perang Dunia II. Menurut sinopsis rasmi untuk Musim ke 2 ini, drama musim kedua ini berlaku di Osaka pada tahun 1945, di mana Sunja terpaksa membuat keputusan berbahaya untuk kelangsungan hidup keluarganya semasa Perang Dunia II, dan di Tokyo pada tahun 1989 yang menyaksikan Solomon menemui permulaan baru dalam hidupnya.”

Dalam treler itu, Koh Hansu (Lee Min-ho) bersatu semula dengan Teen Sunja (Minha Kim) di Osaka, Jepun yang dilanda perang selepas hampir dua dekad terpisah.

“Sudah 14 tahun. Bagaimanakah cara awak menjumpai saya?” Tanya Sunja apabila melihat Hansu.

“Saya tidak pernah kehilangan awak,” dia menjawab.

Para pelakon lain yang membintangi “Pachinko” Musim 2 ialah Yuh-Jung Youn, Jin Ha, calon Anugerah Emmy iaitu Anna Sawai, Eunchae Jung, Soji Arai, Junwoo Han, Jimmi Simpson dan Sungkyu Kim.

d122fcb9 a85f 4ca9 8030 d4a0daf2acae

Musim pertama “Pachinko”, yang ditayangkan pada bulan Mac 2022 pernah dicalonkan untuk Anugerah Emmy untuk reka bentuk tajuk utama yang cemerlang. Drama ini juga meraih pencapaian hebat kerana membawa pulang anugerah di Anugerah Gotham 2022 untuk siri terbaik dan Anugerah Pilihan Kritik 2023 untuk siri bahasa asing terbaik.

Soo Hugh adalah orang yang bertanggungjawab mencipta siri ini, penulis dan penerbit eksekutif dengan Michael Ellenberg dan Lindsey Springer untuk Media Res dan Theresa Kang untuk Blue Marble Pictures. Leanne Welham, Arvin Chen dan Sang-il Lee bertanggungjawab sebagai pengarah bagi Musim 2.

Baca juga: Kekal Popular 11 Tahun Berturut-Turut, Lee Min Ho Diundi Sebagai Simbol Gelombang Hallyu 2024

Tonton treler di bawah.