Home Anime Trilogi Filem Demon Slayer Infinity Castle Bakal Tayang Di Pawagam, Pertempuran Terakhir?

Trilogi Filem Demon Slayer Infinity Castle Bakal Tayang Di Pawagam, Pertempuran Terakhir?

0

Bersamaan dengan finale Demon Slayer musim ke 4 yang penuh dengan visual memukau dan brutal, studio ufotable mengesahkan akan meneruskan cerita musim ke 4 ini menuju Infinity Castle Arc.

Menariknya, arc ini akan dibuat dalam bentuk trilogi filem dan bukannya siri. Demon Slayer Infinity Castle pastinya merupakan arka terakhir, walau bagaimanapun, dengan cerita Tanjiro, Inosuke, dan Zanitsu akan berakhir sebaik sahaja anime itu tamat.

Setakat ini, Crunchyroll dan Sony Pictures sudah mengesahkan bahawa pihak mereka telah mendapat hak untuk melancarkan trilogi filem tersebut. Tentu sahaja, filem ini juga diharapkan akan ditayangkan di pawagam-pawagam di negara kita.

 

1. Sinopsis filem Demon Slayer Infinity Castle

Demon slayerTrilogi filem ini adalah adaptasi Infinity Castle Arc dari versi manga. Dimana, para Hashira dan Demon Slayer akan menghadapi Muzan Kibutsuji beserta anak buahnya di benteng para iblis yang bernama Infinity Castle.

Bukan hanya Muzan, Tanjiro Kamado dan kawan-kawan juga akan menghadapi para iblis Upper Moon yang masih tinggal. Perlu diingat, Akaza, iblis Upper Moon yang membunuh Hashira Rengoku masih hidup dan bersembunyi di benteng ini.

Infinity Castle merupakan arc Demon Slayer dengan pertarungan paling intens dalam versi manga. Diharapkan ketegangan dan aspek brutal ini juga dipaparkan dengan baik oleh ufotable ke layar perak.

 

2. Barisan pelakon suara untuk filem Demon Slayer Infinity Castle

4215a01c 7dc8 4cfc b602 55aa80e613d1Sejak musim pertama, anime Demon Slayer konsisten dibawakan oleh para ‘seiyuu’ atau pelakon suara yang sudah melekat dengan karakter mereka. Berikut ini adalah seiyuu yang akan mengisi suara watak-watak dalam filem Demon Slayer Infinity Castle:

● Natsuki Hanae sebagai Tanjiro Kamado
● Hiro Shimono sebagai Zenitsu Agatsuma
● Yoshitsugu Matsuoka sebagai Inosuke Hashibira
● Akari Kito sebagai Nezuko Kamado
● Saori Hayami sebagai Shinobu Kocho
● Takahiro Sakurai sebagai Giyu Tomioka
● Kana Hanazawa sebagai Mitsuri Kanroji
● Toshihiko Seki sebagai Muzan Kibutsuji

 

3. Tarikh tayangan filem Demon Slayer Infinity Castle

Demon Slayer Infinity Castle

Setakat ini, rancangan untuk menayangkan filem trilogi Demon Slayer Infinity Castle baru sahaja di tahap pengumuman awal. Belum ada maklumat rasmi mengenai tarikh tayangan filem ini di Jepun dan juga di peringkat global.

Walau begitu, filem ini memang sudah disahkan akan akan ditayangkan di pawagam. Tidak seperti filem to the Swordsmith Village (2023) dan to the Hashira Training (2024), filem Demon Slayer Infinity Castle tidak akan memuatkan cerita recap. Nantikan ya!

Baca lagi: Kaiju No. 8 Musim 2 Rasmi Dilanjutkan
Baca juga: 7 Anime Jepun Popular Ini Diadaptasi dari Webtoon Korea, Terbaru ada Viral Hit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here