Baru sahaja semalam tular sebuah posting di akaun twitter @MALAYSIAVIRALLL, di mana beberapa keping gambar yang menunjukkan karipap berkulat dimuat naik di halaman twitter.
Menerusi posting tersebut, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila membeli karipap yang berkulat. Katanya rupa karipap tersebut luarannya nampak berminyak seperti baru lepas digoreng namun apabila dibuka isinya macam-macam bau yang keluar.
“Seumur hidup sy ini makanan yg paling teruk yg pernah sy beli.Bukan setakat berlendir rasa masam atau basi, tapi ni dah sampai tahap berkulat, mcm dah 3 ke 4 hari punya karipap yg tak habis tapi digoreng semula.”
Lihat cerita penuh di twitter :
TOLONG RT
KARIPAP SAMPAH
Assalamualaikum. Kepada peniaga2 bazaar ramadhan rasanya dah byk kali viral pasal makanan2 yg tak elok, tak sangka harini terkena pada sy juga. Harini sy ada beli 2 paket karipap, tapi KARIPAP YANG DAH BERKULAT.@KKMPutrajaya @DGHisham pic.twitter.com/oZFoemwDM7
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 30, 2023
Lihat juga komen netizen :
@wnfazrini : Petanda tak yah pergi bazar, jimat duit, tak sakit hati.
@haritz.tz : Kalau rasa tak habis jual tu, sedekah je la. Pahala dapat. Rezeki pun Allah murahkan. Esok lusa, mana tau banyak sale.
@melovefishy : Betul2 tak takut dosa, jual makanan dah busok dan rosak.Kalau tak habis jual dan taknak sedekah jgn recycle buang ke tong sampah saje. Bulan yg mulia ni patut cari sebanyak2 pahala bukan mendajalkan orang.
@qusyyyaaairry : Nampak gayanya lepasni setiap kali beli makanan kat bazar, kena snap gambar gerainya sekali. Papehal jadi senang viralkan gambar gerai terus
@puansuhaidaaa : Sbb tu lah aku pegi bazar mase puasa pertama je. Lepas tu mmg tak pergi lagi. Sbb tau ade kemungkinan mcm ni berlaku.
“harap akak jgn tutup gerai pulak ya.”
LOKASI : BAZAAR RAMADHAN DEPAN TUNAS MANJA SUNGAI ISAP (GERAI TENGAH2 SEBELAH GERAI AIR BALANG) Sumber : Emma Razali
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Twitter