Home Kdrama/Kmovie tvN Hasilkan 4 Drama Korea Bukan Romantik Pada Tahun Ini, Kisah Jenayah,...

tvN Hasilkan 4 Drama Korea Bukan Romantik Pada Tahun Ini, Kisah Jenayah, Aksi dan Pelbagai

0

Ramai orang menganggap bahawa drama Korea hanya menampilkan kisah romantik yang membuatkan para penonton keawang-awangan. Ternyata anggapan itu salah kerana terdapat berbagai-bagai genre lain yang menarik dan diketengahkan dalam drama-drama Korea.

Di antaranya adalah genre aksi, thriller, dan lain-lain genre yang tidak mengandungi romantisme dalam ceritanya. Ternyata drama-drama Korea dengan genre seperti ini dapat memacu adrenalin para penonton sehingga setiap minggu sanggup setia menunggu episod baru.

Tambahan pula pada tahun 2024 ini, stesen TV kabel tvN telah menghasilkan beberapa buah drama Korea bukan romantik yang pastinya menarik. Berikut dibawah ini adalah empat drama Korea tvN yang tidak mengandungi babak-babak romantik.

 

1. The Player 2: Master of Swindlers

Drama koreaBerjaya dengan musim pertamanya, drama Korea The Player 2: Master of Swindlers kembali muncul pada tahun 2024. Drama ini mengangkat genre jenayah aksi tentang misi-misi penting para penipu handalan. Kang Ha Ri (Song Seung Heon) menjadi ketua para penipu yang mempunyai misi untuk merampas wang orang kaya dan para perasuh. Sebagai ketua, dia bertugas menyusun strategi yang akan digunakan di lapangan nanti. Dalam menjalankan tugasnya itu, dia dibantu oleh pasukannya dengan setiap ahli yang mempunyai kepakaran tersendiri.

 

2. The Auditors

95017e57 09a2 492e 939a 6128282bcb9bBerikutnya adalah drama Korea The Auditors yang menampilkan liku-liku kehidupan pasukan audit syarikat. Shin Cha Il (Shin Ha Kyun) merupakan ketua pasukan audit JU Construction yang mempunyai sikap yang tegas. Dia tidak mudah mempercayai orang lain dan akan memberikan penilaian tajam kepada sesiapa sahaja.

Pasukan audit tersebut disertai oleh seorang pekerja baru iaitu Goo Han Soo (Lee Jung Ha). Han Soo sendiri yang memilih kerjaya sebagai juru audit sebagai batu loncatan, selepas itu dia akan dipindahkan ke cawangan Florida. Tapi rancangannya tidak berjalan lancar kerana ketegasan Cha Il.

Pekerja baru yang lain adalah Yoon Seo Jin (Jo A Ram) yang dikenai sebagai seorang individu yang komited dan keinginannya untuk berjaya adalah sangat tinggi. Sikapnya dengan Han Soo sangat berbeza, jejaka itu lebih ramah dan baik hati.

Selain itu ada juga Hwang Dae Woong (Jin Goo) yang merupakan wakil presiden JU Construction dan anak ketiga pengasas syarikat. Dia memiliki impian untuk menjadi pewaris dan mengalahkan kedua-dua saudaranya.

 

3. Parole Officer Lee Han Shin

e7ed736a c3e8 4251 a6e3 5336a93e82b3Drama Korea berikutnya adalah Parole Officer Lee Han Shin yang mengisahkan tentang cabaran pegawai parol. Dia adalah Lee Han Shin (Ko Soo). Ini merupakan drama Korea terbaru Ko Soo selepas Missing: The Other Side 2 yang ditayangkan pada tahun 2023.

Lee Han Shin mempunyai peranan besar untuk menentukan sama ada banduan dapat dibebaskan bersyarat (parol) atau tidak. Dia menegakkan keadilan dengan caranya sendiri. Terdapat juga watak Ahn Seo Yoon (Kwon Yuri) yang merupakan detektif ACE dan akan bekerja sama dengan Lee Han Shin.

 

4. Jeong Nyeon

2b1145ce afcb 4f48 b3f7 62fc86870a24Terakhir adalah Jeong Nyeon yang disebut-sebuat sebagai drama Korea yang dibintangi oleh ramai pelakon terkenal. Kdrama ini menampilkan Kim Tae Ri, Shin Ye Eun, Ra Mi Ran, dan Moon So Ri sebagai pelakon utama.

Yoon Jeong Nyeon (Kim Tae Ri) adalah penyanyi yang berpindah ke Seoul untuk menyertai Opera Wanita Tradisional Korea. Walau lahir dalam keluarga miskin, tapi Jeong Nyeon mempunyai bakat yang luar biasa.

Ada juga watak Heo Young Seo (Shin Ye Eun). Dia berasal dari keluarga kaya dan dia juga berbakat dalam bidang nyanyian, tarian, dan lakonan. Young Seo akan menjadi musuh Jeong Nyeon dalam dunia hiburan.

Buat anda yang bosan menonton kisah romantik dalam drama-drama Korea, maka genre bukan romantik (non-romance) boleh menjadi pengganti yang sesuai. Pasti anda akan terhibur!

Baca lagi: Malas Tonton Kdrama Episod Panjang? ini 9 Kdrama 2024 dengan Episod Pendek Kurang dari 10
Baca juga: 11 Drama Korea Tentang Watak yang Mempunyai Pelbagai Personaliti, Perwatakan yang Berubah-Ubah

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here