Home Kdrama/Kmovie Drama Korea tvN mengumumkan 7 Kdrama Mereka untuk separuh kedua Tahun 2024

tvN mengumumkan 7 Kdrama Mereka untuk separuh kedua Tahun 2024

0

Separuh pertama tahun 2024 untuk tvN agak rancak, mengharungi separuh tahun ini dengan cerita-cerita yang menghiburkan seperti menangkap penjenayah penipuan dan kisah aksi licik untuk membalas dendam, menyeka air mata penonton untuk kisah-kisah sedih, dan memberi suasana segar dengan kisah fantasi yang indah.

Nampaknya kita masih mempunyai setengah tahun lagi untuk dihidangkan dengan filem-filem dan drama-drama Korea menarik dan tvN telah memberikan gambaran ringkas mengenai projek mereka yang akan datang dalam pengumuman teaser baru-baru ini.

Mari sama-sama kita lihat senarai projek akan datang tvN sepeti di bawah ini.

 

1. Tajuk: Serendipity’s Embrace

Tarikh Tayangan: 22 Julai 2024

Kdrama
Selepas kisah cinta pertama mereka di sekolah menengah berakhir, takdir memberikan Kim So-hyun dan Chae Jong-hyeop satu lagi peluang, apabila mereka bertemu semula sepuluh tahun kemudian sebagai orang dewasa. Bakal ditayangjan minggu depan dalam slot Isnin-Selasa, kisah percintaan manis ini turut dibintangi oleh Yoon Ji-on dan Dasom.

 

2. Tajuk: Love Next Door

Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2024

tvN
Mengetahui detik-detik paling memalukan antara satu sama lain sebagai kawan zaman kanak-kanak, kisah komedi romantik ini mengikuti Jung Hae-in dan Jung So-min yang mengharungi perjalanan yang penuh janggal menuju cinta mereka yang mekar.

 

3. Tajuk: No Loss in Love
Tarikh Tayangan: Ogos 2024

2c0adbcd 85e9 44b2 bd6d 0d064fbeccc6
Membawa kembali sebuah kisah klasik, Shin Mina dan Kim Young-dae disatukan dalam kontrak perkahwinan, menjadi suami dan isteri palsu dalam kdrama rom-com ini. Turut dibintangi oleh Lee Sang-yi dan Han Ji-hyun.

 

4. Tajuk: Jung-nyun

Tarikh Tayangan: Oktober 2024

5db85d24 f3a9 4b0c a2a9 f6886be2012dKim Tae-ri membintangi drama period zaman 1950-an, dalam drama ini Kim Tae-ri begandingan bersama Shin Ye-eun, Ra Mi-ran dan Moon Sori. Berlatarkan zaman selepas Perang Korea, adaptasi sejarah dan webtoon meneroka budaya era kumpulan persembahan pentas yang semuanya wanita.

 

5. Tajuk: Parole Examiner Lee Han-shin
Tarikh Tayangan: akan diumumkan

fec0e969 83cc 45ea 9b9f 03e78290a3d2
Sebagai wira orang ramai, balas dendam adalah agenda utama Go Soo kerana dia menggunakan kuasanya dan jawabannya dalam mempengaruhi nasib masa depan banduan yang bercita-cita mahukan parol. Bekerjasama dengan detektif polis Kwon Yuri di sepanjang penyiasatan, siri jenayah ini mengikuti Go Soo menyampaikan dan melakukan keadilan ditangannya sendiri.

 

6. Tajuk: Won-kyung
Tarikh Tayangan: akan diumumkan

800be36a 24df 4bfc 8566 140f1a4083e3
Kisah sageuk ini menyelusuri kisah popular Lee Bang-won (kemudian Raja Taejong) Joseon, dengan Lee Hyun-wook sebagai watak utama yang memerankan watak Lee Bang-won. Turut memeriahkan siri drama ini adalah Lee Sung-min membawa watak sebagai Raja Taejo (atau Lee Seong-gye). Kali ini, jalan cerita tertumpu kepada bakal ratu Lee Bang-won dan watak utama yang dilakonkan oleh Cha Joo-young.

 

7. Tajuk: Meeting Love on a Log Bridge

Tarikh Tayangan: akan diumumkan

f204dfd4 f006 4668 9649 09b923687462
Bakal menghiasi skrin anda adalah kisah manis percintaan, Joo Ji-hoon dan Jung Yumi bercinta dengan penuh hangat dan sangat romantik semasa usia muda mereka. Tetapi sayangnya kedua-dua mereka dipisahkan oleh keluarga mereka yang saling bermusuh dan seterusnya para penonton akan dibawa ke masa 18 tahun selepas itu apabila pasangan ini bersatu kembali.

Nantikan tarikh tayangan semua drama tvN ini ya.

Baca lagi: 10 Kdrama Thriller Terbaik yang Perlu Ditonton, Misteri Pembunuh Bersiri yang Mengejutkan
Baca juga: Penonton Tertipu dengan Wajah Polos 5 Psikopat dalam Drama dan Filem Popular tvN Ini, Plot Twist Habis