Pelakon wanita muda yang berbakat iaitu Shin Eun Soo telah disahkan akan membintangi drama siri Korea Selatan terbaru iaitu Twinkling Watermelon.
Drama siri Twinkling Watermelon, ia mengisahkan tentang kehidupan para remaja yang berusaha untuk mencapai impian mereka di tengah-tengah kesukaran hidup yang mereka rasakan. Shin Eun Soo tampil sebagai watak dari masa lalu yang mempunyai cita-cita dan keinginan kuat untuk bersinar sebagai seorang pelukis.
Watak ini adalah sebuah sebuah watak yang merupakan kebiasaan dan kemahiran untuk Shin Eun Soo setelah sebelum ini juga selalu tampil membawakan watak remaja. Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang watak yang dibawa oleh Shin Eun Soo dalam drama siri baru Twinkling Watermelon bukan?
Jom sama-sama kita lihat maklumat selengkapnya di dalam artikel ini ya!
1. Pelakon muda Shin Eun Soo diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang pelakon utama Twinkling Watermelon, pelakon ini tampil membawa watak sebagai Cheong A
2. Cheong A mempunyai sikap yang dingin dan tatapannya sangat tajam, tidak hairanlah dia selalu digelar “Puteri Air Batu”
3. Sejak kecil lagi, Cheong A mengalami gangguan pendengaran dan dia lebih suka untuk mengekspresikan dirinya melalui seni
4. Kehidupan Cheong A memang selalu diselimuti keheningan dan ketenangan, dia selalu menampilkan ekspresi wajah yang tenang dan juga misteri
5. Watak Cheong A ini juga jarang berkomunikasi dengan orang lain, dia lebih menyukai perbualan dan perbincangan yang singkat dan pendek
6. Oleh kerana hobi dan aktiviti kegemarannya adalah melukis, Cheong A begitu mengagumi pelukis yang berasal dari Mexico iaitu Frida Kahlo
7. Di tengah-tengah kepedihan hidupnya, Cheong A gigih mewujudkan “viva la vida” yang bermaksud panjang umur
8. Cheong A selalu berharap agar suatu hari nanti dia boleh menjadi pelukis yang berjaya sama seperti idolanya iaitu Frida Kahlo
Lakonan Shin Eun-soo dalam drama siri Twinkling Watermelon turut memberi warna baru bagi drama siri ini. Wataknya yang kekurangan ekspresi membuatkan para penonton tertanya-tanya, sebenarnya kehidupan bagaimanakah yang sedang dia jalani.