Organizer deco atau mereka yang diperlukan untuk membuat hiasan sesebuah majlis amat diperlukan ketika hendak merancang majlis yang cantik. Sekarang ini ramai orang yang menjadikan organizer deco sebagai karier mereka di mana mereka dapat menggunakan kekreatifan mereka untuk menjana wang. Namun dalam setiap bisnes yang dijalankan pastinya akan ada cabaran yang perlu dihadapi.
Baru sahaja semalam tular sebuah video di tiktok @picnicsuprise.deco yang mana dapat dilihat dia meluahkan rasa kecewa apabila barang yang digunakan untuk membuat deco sebuah majlis yang bertempat di Dragonflypark.eco grandeur banyak yang hilang. Dalam video tersebut juga dia menunjukkan tangkap layar dengan customer tersebut. Dapat dilihat juga di akhir video perbezaan gambar sebelum dan selepas event tersebut.
Lihat video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Ftnlia : Semalam pon i ada booking picnic mcm ni i siap tangkap gambar sebelum balik sbb takut hilang ka apa plk salahkan kita plk
@wani.nasin : penah booking mcm ni..kiteorg tunggu smpai event planner mai…amik brg2 dia balik
@biskutkeringteh0 : kalau aku cust ak pn xkn tglkn mcmtu je..plg x ak bgtau awl sblm nk gerak..kita pn tau manusia ni,mau lesap smua..btul2 lesap..kesiannya..
@Simo_hayha : Mungkin lepas ni Cik boleh setkan masa dari jam berapa ke jam berapa untuk xnak kecurian berlaku (mgkin bkan customer curi,mgkin org lain)
@BigTed : dia ingat setup tu sekali pakage kot tu dia ambil… tu nanti tempah pelamin apa pulak jadinya… hahahha
@Ateenezzy : Kenapa tak buat set time ehh tak de limit masa ke? Sekurangnya boleh standby da dkt situ untuk collect brg xde la isu brg2 hilang mcm niii
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram