Home New Post Ular Masuk Dari Pintu Depan Dan Betul2 Di Kaki Anaknya, Ibu Bersyukur...

Ular Masuk Dari Pintu Depan Dan Betul2 Di Kaki Anaknya, Ibu Bersyukur Anaknya Selamat

0

Sekarang ini banyak kes di mana dilihat ular yang ditemui di dalam kawasan rumah. Hal ini berikutan kerana keadaan cuaca yang menyebabkan ular turut mencari tempat-tempat yang sejuk dan teduh.

Baru sahaja semalam tular sebuah rakaman cctv di sebuah rumah di mana dalam rakaman tersebut memperlihatkan seorang budak lelaki yang sedang memunggah begnya dan pada awalnya dia tidak menyedari terdapat ular yang lalu betul-betul di kakinya. Saiz ular tersebut dilihat kecil namun membuatkan budak tersebut takut dan menangis. Difahamkan ular tersebut berjaya dibunuh dan semuanya selamat.

Ular masuk rumah pulak dari pintu depan..
Nasib Afeeq tak ada apa.. Ular tu betul2 la kat kaki dia..
Ibu kat dapur terkejut dengar dia jerit pastu nangis..

Ibu duk cari ular nya tapi tak jumpa.. Ayah balik keje baru ayah jumpa ular tu.. Dah bunuh bakar ular tu..
Alhamdulillah setel semua..

Ramai yang bersyukur apabila mengetahui adik tersebut tiada apa-apa kerana ular adalah haiwan yang berbisa.

“ya allah seramnya..walaupon kecikkk..ya allah..sebaik adik tkde apa2 “

“Ya Allah ak tgk pon seram mujur tak patuk dia mmg btul2 lalu bawah kaki budak tu”

“mujurlah ular tu tk patuk adik…dekat je ular tu lalu”

Baca juga : Ular Di Uptown, Pasukan Pertahanan Awam Ini Dipuji Kerana Pantas Membuat Kerja

Baca juga : Guna 4 Bahan Ini Untuk Elak Ular Masuk Ke Dalam Rumah Anda

Lihat rakaman cctv di rumah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Aisya.. : alaaa.. aku tak boleh la dengar dia nangis tu

@vivalavida : Malaikat lindung tu .. nasib baik la takde ape

@userputeri : Tu lh takut permainan anak kalau bersepah2.. elok je dia ngorok bawah mainan tu.. nasib baik adik tu tk apa2

@MissZaty : ya Allah. alhamdulillah klu adik tkde apa. btw nak tgok footage ular masuk rumah tuu

@FHDH YZMN R : alamak.. tak nampak budak dengan main ni betul ular

@Ain : Allahu ! Syukur tak kena patuk — Allah sebaik Pelindung

@S : Alhamdulilah Malaikat lindung ank sis. thun lpas rumah sy pon msuk ular dkt dpur ank buah sy yg nmpak. Allah nsib baik ular tu x ggit ank buah sy

@ziema : sis dh cek ke kaki dia…sbb dgr dia jerit arghh tu masa ular kalu kt kaki ..then baru dia tgk ular n nangis kan

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram