Home New Post Ular Paling Berbisa Muncul Setelah Selesai Berkelah, Wanita Bersyukur Tiada Apa2 Berlaku

Ular Paling Berbisa Muncul Setelah Selesai Berkelah, Wanita Bersyukur Tiada Apa2 Berlaku

0

Musim cuti persekolahan pastinya ramai yang akan membawa anak-anak pergi bercuti sambil menghirup udara yang segar.Namun ketika pergi ke tempat-tempat seperti hutan, netizen digalakkan untuk peka terhadap persekitaran bagi memastikan tiada haiwan yang berbahaya sepanjang aktiviti tersebut.

Baru saja tular sebuah video di halaman tiktok, seorang wanita pemilik akaun yang memuat naik satu rakaman di mana menunjukkan mereka sedang berkelah. Di akhir video tersebut dapat dilihat terdapat seekor ular yang berwarna biru berada di tempat mereka berkelah. Difahamkan ular tersebut merupakan ular jenis blue coral yang dikatakan paling berbisa.

“ular ni paling bisa blue coral…sangat bahaya walaupun nampak cantik”

“setakat ni takde anti venom lagi untu bisa blue coral ni.. kene mmg pindah alam”

“Allah .. ular berbisa ni potensi mematikan”

“pergh blue coral. ekor dengan kepala warna merah, kalau nampak lari la sepantas kilat.”

“yaallah yg ni blue coral sbb ekor dia pun merah. bisa dia bawa check in ke alam lain terus “

“Bisa dia boleh membawa ke Rahmatullah, sebab takda vaccine lagi untuk ular ni”

ular 1

Baca juga : Rakaman Lelaki Tangkap Ular Tedung Raih Perhatian, Beg Ecoshop Jadi Tumpuan Netizen

Baca juga : Ular Dalam Singki Tengah Makan Ayam Buat Wanita Trauma Seminggu, Netizen Dinasihatkan Untuk Berhati-Hati

Lihat rakaman video di instagram :

https://www.instagram.com/reel/Ct-jP06gvz5/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Lihat juga komen netizen :

@AryanaEusoff Shop : Salah satu sebab tak suka pergi sungai atau bkelah di sungai .Tak ular ,pacat .tak pacat lintah .alergikkkkkk

@Ckin Izzly : Alamak cancel terus masuk kawasan hutan air gini

@siti.ahmad : bru plan nk p..mmm xjd la..kelah kt balkoni umah la

@Asy.Tiha : Perghh pernah… tgh mndi woi ular tu laju dtg kat sy… meluncur.. sy teriak sekuat hati. Ular tu trkejut trus patah balik hahaha. Dpn mata suami.

@IceLemonTea : Salah satu punca knpa aku xska mndi ayaq terjun..overthinking aku trlalu kedepan ya, sdangkan msuk ulaq daun dkat rmah pun dh menjerit mcm xdak nywa

@Rafiuddin Izzat : ular yg tiada anti venom…klau kne confirm padam

@Sue Sarip : perghhh ni ular air bisa ,no venom utk bisa die,mmg cantik tpi syg cntik yg tak indah

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram