Bagaimana rasanya jika anda mencintai seorang gadis, namun rupanya dia lebih menyukai sahabat anda? Pasti sangat berat lebih-lebih lagi apabila perlu berjuang sekuat hati untuk menjodohkan gadis itu dengan kawan demi menjaga persahabatan dan membahagiakan hati gadis yang dicintai.
Diangkat daripada manga berjudul sama karya Kazune Kawahara dan ilustrasi oleh Aruko, Siri My Love STORY!! (Ore Monogatari!!) ini berjumlah 24 episod dan mula ditayangkan pada tahun 2015.
Seingat saya, saya pernah membaca siri manga ini semasa zaman majalah Kreko, Gempak dan Utopia masih ada dulu. Cerita ini bagi saya unik kerana sedikit lari daripada tipikal manga shojo dan stereotaip ‘Lelaki kacak yang jatuh cinta pada gadis biasa’.
Ia kisah simple tentang seorang lelaki yang tidak pernah diminati sesiapa dan akhirnya jumpa seorang gadis yang mengambil berat tentang dirinya.
Sinopsis (Mengandungi sedikit spoiler)
Secara luarannya, Takeo Gouda kelihatan seperti ahli gusti sumo, menonjol dengan tubuhnya yang besar dan tinggi serta kuat.
Selain itu, dia turut memiliki jiwa dan hati yang besar. Sekiranya ada kucing tersangkut di pokok, Takeo akan turunkannya. Jika ada kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai, dia akan terjun selamatkannya.
Meskipun dia kuat dan baik hati, terselit sedikit rasa insecure dalam dirinya. Sejak tadika, para perempuan yang Takeo minat tidak memandang dirinya sebaliknya lebih tertarik kepada kawan rapatnya, Makoto Sunakawa yang memiliki rupa paras menarik.
https://gfycat.com/beautifulbriefiraniangroundjay
Namun Sunakawa tidak mengendahkan dan banyak kali menolak cinta gadis-gadis yang mengejarnya. Mereka kenal sejak kecil dan tinggal berjiran. Perwatakan Sunakawa lebih dingin, pendiam dan matang tetapi perbezaan personaliti itulah yang menarik mereka untuk berkawan.
https://gfycat.com/clearcutgentleaegeancat
Suatu hari, Takeo selamatkan seorang gadis bernama Rinko Yamato yang diganggu di dalam kereta api.
https://gfycat.com/pessimisticbelovedchameleon
Sejak itu, gadis itu rajin buat manisan seperti kek dan kirimkan kepada Takeo.
https://gfycat.com/classicglassgalago
Takeo jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap gadis manis dan innocent itu tetapi dia beranggapan Yamato mungkin lebih sukakan Sunakawa dan mahu mendekati kawan baiknya itu melalui dirinya seperti gadis-gadis sebelum ini.
Untuk melihat gadis yang disukainya itu bahagia, Takeo cuba satukan Yamato dengan Sunakawa. Rupa-rupanya sangkaannya salah kerana Yamato sebenarnya sukakan dirinya, bukan Sunakawa. Sejak itu, bermulalah kisah cinta mereka.
https://gfycat.com/illfatedweeklybeauceron
Kisah Cinta Manis Tahap Diabetes
Babak lovey-dovey di antara Takeo dan Yamato diseimbangkan dengan komedi, secubit drama dan beberapa aksi untuk selamatkan cerita ini daripada mendatar. Nilai moral seperti persahabatan, kekeluargaan dan keikhlasan adalah selling point terbesar cerita ini.
Anime berdurasi sekitar 22 minit ini sesuai untuk anda yang mahu menonton sesuatu yang santai, ringan dan sweet. Anda boleh menonton atau download My Love STORY!! (Ore Monogatari!!) dengan sari kata bahasa Melayu ini di Viu!
Kredit featured image: Viu