The Worst of Evil akhirnya ditayangkan secara perdana di platform streaming berbayar Disney+ Hotstar pada Rabu, 27 September 2023.
Siri dengan genre aksi jenayah tersebut sudah lama dinantikan oleh para peminat Kdrama kerana gabungan maut antara Ji Chang Wook dan Wi Ha Joon.
Sesuai dengan genre yang dibawa, episod pertama The Worst of Evil dibuka dengan adegan pertarungan yang brutal dan membuat penonton kagum dengan Wi Ha Joon. Sementara itu, episod kedua mula menampilkan banyak babak di antara Wi Ha Joon dan Ji Chang Wook. Untuk lebih jelas, jom kita lihat ulasan untuk episod 1-2 The Worst of Evil di bawah ini.
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!
1. Penonton disajikan dengan aksi berdarah sejak awal cerita dimulakan
Episod pertama The Worst of Evil diwarnai dengan berbagai-bagai adegan pertarungan yang brutal. Sejak awal cerita bermula, penonton disajikan dengan aksi pertempuran yang sadis dan ganas.
Hasil teknik sinematografi yang cantik serta framing yang hebat membuatkan berbagai-bagai adegan aksi dalam siri garapan Han Dong Wook tersebut terasa seperti nyata. Selain itu, penonton juga pasti turut merasa ngilu apabila melihat visual darah yang berlumuran di mana-mana.
2. Pengenalan watak dikemaskan dengan rapi sehingga jalan cerita mudah difahami
The Worst of Evil menceritakan tentang Park Joon Mo (Ji Chang Wook), pegawai polis yang ditugaskan untuk menyamar menjadi anggota geng Gangnam Union. Geng yang diketuai oleh Jung Ki Cheul (Wi Ha Joon) ini merupakan geng pengedar dadah terlarang yang telah berkembang secara global.
Sangat teratur, siri ini mengemaskan pengenalan setiap watak hingga kisah kehidupan mereka secara rapi sehingga jalan cerita mudah difahami. Walau begitu, jalan ceritanya tetap menarik dan masih meninggalkan tanda tanya untuk membuatkan penonton berteka-teki.
3. Wi Ha Joon menguasai aksi brutal
Episod 1-2 The Worst of Evil menyaksikan aksi brutal dari Wi Ha Joon sebagai Jung Ki Cheul. Awalnya dia bekerja sebagai joki di sebuah kelab malam. Namun, kemiskinan membuatnya melakukan segala perkara untuk menguasai beberapa wilayah di Seoul.
Demi melancarkan aksinya, Jung Ki Cheul merekrut orang-orang yang mahir bertarung. Dia merancang serangan terhadap pihak berkuasa Gangnam, Sersan Jang, untuk merebut wilayah kekuasannya dengan licik. Namun akibatnya, sahabat Jung Ki Cheul mati ditikam oleh Sarjan Jang.
Pada mulanya dia tidak mahu membunuh, Jung Ki Cheul terbawa emosi sewaktu melihat sahabat sejak zaman sekolahnya mati di depan matanya sendiri. Dia membalas dendam dengan menikam tubuh Sarjan Jang berkali-kali secara brutal hingga mati tidak berdaya.
4. Ji Chang Wook terpaksa bergabung dengan Gangnam Union
Ji Chang-wook sebagai Park Joon Mo menjalani kehidupan yang agak memenatkan. Isterinya (Im Se Mi), berpangkat lebih tinggi darinya. Joon Mo menerima tawaran untuk menyamar menjadi anggota geng Gangnam Union dengan syarat naik dua pangkat jika penyiasatannya berjaya.
Di episod kedua, adegan Park Joon Mo sudah mula banyak ditampilkan. Dia berjaya mengelabui mata Jung Ki Cheul dan direkrut menjadi anggota Gangnam Union.
5. Masa lalu Wi Ha Joon dan isteri Ji Chang Wook yang membuatkan penonton tertanya-tanya
Episod kedua The Worst of Evil ditutup dengan adegan yang cukup untuk membuat penonton tertanya-tanya. Telah terungkap bahawa Yoo Eui Jung, isteri Park Joon Moon, adalah cinta pertama Jung Ki Cheul sewaktu masih di bangku sekolah.
Tambahan pula, kedua-duanya tertangkap menyimpan rantai yang sama. Tentu sahaja perkara ini memancing rasa ingin tahu penonton tentang kisah masa lalu Jung Ki Cheul dan Yoo Eui Jung yang penuh teka-teki. Atau mungkin akan ada sentuhan kisah cinta tiga segi di antara mereka nanti?