Beberapa hari lepas seorang wanita yang dikenali sebagai Anis, berkongsi cerita mengenai adiknya yang baru berusia 21 tahun telah beli rumah di atas nama sendiri. Disitu ramai yang komen ingin tahu dan tak kurang ramai yang menghantar mesej bertanya bagaimana cara beliau beli rumah.
Mungkin ilmu hartanah ini tak ramai yang minat nak explore lagi-lagi golongan muda sebab macam pemikiran orang tua. Sebenarnya bila kita mula fikir tentang pemilikan rumah walaupun muda tapi itu salah satu tanda kita dah matang.
Mari kita lihat apa yang dikongsikan oleh Anis mengenai pembelian rumah:
1. Penyata KWSP, SOSCO & Slip Gaji
Bila kita bekerja pastikan ada caruman KWSP, SOCSO & slip gaji. Kena sedia elok 1 tahun tapi sedia kadang bank minta 3 hingga 6 bulan statement bergantung kelayakan kita.
2. Buat Simpanan Di Tabung Haji @ ASB
Saving simpan pada simpanan seperti Tabung Haji atau ASB, kerana simpanan kita itu akan dapat dividen berbanding simpanan biasa. Jumlah saving juga akan bantu memperkuatkan dokumen yang kita beri.
3. Ada Transaksi Online
Kalau kita buat part time pastikan ada transaksi secara online yang cantik supaya bank boleh lihat keluar masuk duit kita tiap bulan. Elak urusan cash sebab kita tiada bukti yang kita ada income tambahan.
4. Beli Rumah Ikut Kelayakan
Kita start aim location yang kita nak beli. Apa yang kita utamakan tempat kerja, kemudahan, saiz rumah dan lain-lain kita akan start target harga rumah yang kita nak beli jenis rumah apa berdasarkan kelayakan kita.
5. Rajin Bertanya Penjual Rumah/Agen
Kena berani bertanya selalu pada yang lebih tahu. Contohnya, hari minggu jalan-jalan jumpa orang jual rumah, ketika itulah akan ditanya kelayakan seperti gaji berapa, setiap bulan berapa, kos guaman korang boleh start aim dan berani nak ke step seterusnya.
6. Periksa Kawasan Pembangunan Rumah Akan Datang
Periksa pembangunan akan datang. Bukan apa, kadang rumah akan jadi mahal bila kawasan dah membangun. Rumah lebih murah kalau kawasan ‘AKAN’ membangun. Semua perlu masa dan kalau nak cepat kena bayar lebih kalau tak mampu lama-lama dia membangun ampa untung beli murah jual mahal.
7. Jenis Rumah LeaseHold Atau FreeHold
Check propertu tu LeaseHold atau FreeHold di mana urusan jual beli berbeza. LeaseHold bermaksud pajak 99 tahun, dan FreeHold bermaksud milik selamanya. Lebih lanjut korang boleh google dan tanya pada agen.
8. Keistimewaan Rumah Pertama
Rumah pertama ada banyak keistimewaan ampa kena tanya pada agent. Untuk deposit rumah baru kadang-kadang developer tawarkan 0-3% deposit. Ada yang beri cash back. Untuk yuran guaman ada potongan. Ada juga yang developer bayar untuk kedua side. Kena rajin tanya ok boleh juga keluar KWSP akaun 2.
9. Buat Pinjaman
Masuk loan ni kadang banyak kemungkinan untuk yang bekerja lain, dokumen yang meniaga lain dokumen. Yang meniaga kena bayar tax dari situ la payslip & kelayakan kita dinilai
Ada banyak option antaranya join name suami isteri dan untuk yang belum kahwin adik beradik atau ibu bapa boleh bantu untuk jadi join name jika masih bekerja or ada pencen.
Next kalau dah mampu berdiri teguh boleh refinance tinggal nama sorang. Macam Anis dulu mula ayah bantu join name selepas 5 tahun kami jual rumah tu dan ada keuntungan di situ. Next pulak combine dengan husband lepas tu sama juga jual dengan ada keuntungan selepas 5 tahun.
Selepas mampu baru la atas nama seorang sahaja. Beginilah cara orang yang tak berapa nak ada. Sekarang rumah ke 3 dengan sedikit hasil pelaburan 2 rumah yang kami beli dan jual sekarang umoq 34 tahun.
10. Rajin Bertanya Pada Pegawai Bank & Agen Rumah
Last but not least jangan segan bertanya pada agent & banker. Yang penting 2 orang ni juga mestilah yang betul-betul berusaha nak bantu kita. Cuma kita perlu sediakan segala dokumen yang depa mintak untuk mudahkan proses.
Kalau tak dak macam mana depa nak tolong. Sebab tu kena ada yang dari No 1 tadi. Kadang-kadang kita akan diberikan juga kelulusan bersyarat di mana kita kena bayar deposit lebih ni sebab tertentu contohnya komitment tinggi.
Lagi ramai anak bank akan kira sebagai komitmen, kereta komitmen. Sebab tu kalo ampa tak ikut nafsu kete biasa-biasa dulu sebab sekarang keperluan then rumah so tak berat. Sebenaqnya jangan tunggu kita kerja kerajaan baru nak beli hang kerja swasta ke keje kedai apa ka janji ada dokumen semua elok segak ja inshaAllah mudah.
Bayaq commitment on track bank akan check semua tu sebelum ni bayaq segak ka comot ka, umoq pon penting kalau muda murah tapi tempoh panjang kalo tua mahai sebab pinjaman pendek. Bab interest tu kalo dok kira sampai ke tua kita takkan ada rumah. Sebab kalau mampu beli cash lain cerita. Kalau kita sewa pun sewa akan tetap naik.
At least beli rumah sendiri boleh buat aset atau investment cash flow yang baik walaupun aset beku yang bermaksud lambat cair. Boleh pilih cara sewakan kalau tak nak duduk lagi or boleh jadikan homestay.
Bila kita apply 2 ni kadang-kadang tanpa sedar orang lain bayarkan rumah kita dekat bank sebab tu pentingnya location. Jangan putus asa ampa ramai anak muda PM Anis tanya sendiri dalam diam depa dah buka mata dan sedar kepentingan itu.
Bukan sekadar tengok rumah orang lain cantik tapi kita pun mampu dengan usaha Insha Allah!
Anis share sekadar apa yang Anis tahu salah silap mintak maaf. Untuk lebih penerangan ampa jangan segan bertanya pada yang lebih arif dalam bidang ni.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: InfoRakyat