Drama siri Boyhood kini sedang meraih perhatian para peminat drama siri Korea.
Kisah Boyhood ini adalah tentang pelajar sekolah yang berubah nasib dari seorang yang gagal menjadi orang yang paling disegani di sekolahnya. Anda akan disajikan kisah masa muda yang penuh ghairah dan bersinar dengan latar perkampungan Korea Selatan pada tahun 1989.
Sesuai dengan temanya, tentu sahaja watak-watak yang ditonjolkan adalah para pelajar sekolah. Namun, ternyata semua pelakon ini mempunyai usia yang tidak sesuai dengan watak yang mereka bawa.
Berikut ini adalah umur sebenar 12 pelakon yang membawa watak pelajar dalam drama siri Boyhood.
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!
1. Im Siwan yang membawa watak sebagai Jang Byeong Tae lahir pada 1 Disember 1988 dan telah berumur 35 tahun. Walau usia jauh beza dengan pelajar sekolah, tetapi nampaknya pelakon ini masih sesuai pakai seragam sekolah bukan?
2. Lee Sun Bin yang membawa watak sebagai Park Ji Yeong adalah pelakon yang dilahirkan pada tahun 1994. Kini berusia 29 tahun, di akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 7 Januari nanti
3. Pelakon yang membawa watak sebagai Jung Gyeong Tae iaitu Lee Si Woo sebenarnya telah berusia 23 tahun. Namun, dia bertambah umur pada 19 Disember akan datang.
4. Kang Hye Won yang membawa watak sebagai Kang Seon Hwa juga dilahirkan pada tahun 1999. Dia sudah lebih dahulu menginjak usia 24 tahun pada 5 Julai yang lalu!
5. Lahir pada 13 Januari 1992, Lee Sang Jin akan menginjak ke usia 32 tahun pada 2024 nanti. Dia membawa watak sebagai Cho Ho Suk dalam Boyhood
6. Kim Jung Jin mainkan peranan penting sebagai Yang Cheol Hong yang selalu mempercayai Byeong Tae. Pelakon ini rupa-rupanya sudah berumur 30 tahun. Awet muda bukan?
7. Kim Yoon Bae adalah pelakon yang paling tua di antara pelakon-pelakon yang membawa watak sebagai pelajar di SMK Pertanian Buyeo. Dia dilahirkan pada tahun 1987 dan kini telah berusia 36 tahun
8. Heo Gun Young membawa watak sebagai Kang Dae Jin. Dia baru sahaja menyambut ulang tahun ke-27 pada 17 Oktober lalu
9. Pelakon yang membawa watak sebagai Yoon Seung Ho iaitu Seo Dong Kyu dilahirkan pada 7 Jun 1994 dan dia telah menginjak usia 29 pada tahun 2023
10. Bawa watak sebagai Cho Sang U, Park Gun Ju juga lahir pada 1994 dan kini berusia 29 tahun
11. Jung Yoon Jae yang membawa watak sebagai Park Jong Min, dilahirkan pada 10 Februari 1993 dan berumur 30 tahun
12. Jeon Jung Bae disebut sebagai pelajar yang paling kuat di SMK Teknik. Watak ini dibawa oleh Yoon Tae Ha yang telah menginjak usia 31 tahun
Walaupun pelakon-pelakon ini tidak lagi di usia remaja, para pelakon berjaya mengekspresikan lakonan yang menunjukkan jiwa remaja dan mereka juga langsung tidak kelihatan tua. Pembawaan watak masing-masing juga sangat baik sehingga tidak terasa kekok dan dapat menghiburkan para penonton dengan aksi mereka. Setuju?