Home Disney+ Umur Sebenar 7 Pelakon Utama The Judge from Hell, Jauh Beza dengan...

Umur Sebenar 7 Pelakon Utama The Judge from Hell, Jauh Beza dengan Drama

0

Drama Korea yang kini sedang hangat dibincangkan iaitu The Judge from Hell ditayangkan secara perdana pada 21 September 2024 yang lalu.

The Judge From Hell ini mengisahkan tentang sang iblis yang bernama Justitia (Oh Na Ra) yang merasuk tubuh badan seorang hakim yang bernama Kang Bit Na (Park Shin Hye) di bumi.

Jalan cerita yang ditampilkan sangat menarik dan lakonan yang dipersembahkan dengan berkesan pula membuatkan maklumat tentang para pelakon yang membintangi drama ini banyak dicari oleh para penonton.

Salah satu perkara menarik adalah tentang umur sebenar para pelakon yang ternyata tidak mempunyai jarak yang jauh antara satu sama lain. Untuk mengubati rasa rasa ingin tahu anda, mari sama-sama kita lihat umur sebenar 7 orang pelakon utama drama Korea The Judge from Hell seperti berikut ini!

 

The judge from hell

1. Park Shin Hye yang lahir pada 18 Februari 1990 kini genap berusia 34 tahun pada 2024. Kelihatan sangat awet muda bukan! Seperti masih berumur 20an!

 

2784d1e5 671d 4292 b04e 10ab414fed88

2. Hanya mempunyai jarak 2 tahun lebih tua dari Park Shin Hye, Kim Jae Young sudah pun berumur 36 tahun pada tahun 2024 ini

Baca lagi: 3 Perkara Menarik Watak Detektif Kim Jae Young dalam The Judge from Hell, Baik Tetapi Menyimpan Sisi Gelap

9369f438 4050 41ef bb98 349d08c3c2eb

3. Pelakon lelaki Kim In Kwon yang membawa watak sebagai Koo Man Do telah menginjak usia 46 tahun semasa drama ini ditayangkan

 

35aac5cc 9666 42de b93d ba0c82ed8bbe

4. Sementara itu, ada Kim A Young yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 pada 31 Oktober nanti

 

4686d228 3780 40e1 8d62 b2d44075f81f

5. Sosok Justitia yang dilakonkan oleh pelakon cantik jelita Oh Na Ra yang genap berusia 50 tahun pada 26 Oktober akan datang, kelihatan masih muda dari usia sebenar bukan?

Baca juga: Anda Suka Kdrama Fantasi dan Aksi? The Judge From Hell adalah Pilihan Tepat

f660e51d 81b8 4bca 918b edb69d2014f7

6. Ada juga Kim Hye Hwa yang menghidupkan watak detektif Kim So Young, dia kini sudah berusia 42 tahun

 

c338637d 2362 45d7 b995 8c5c57e3a3c5

7. Terakhir ialah pelakon wanita senior iaitu Kim Young Ok yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-87 tahun pada 5 Disember tahun ini

Jarak umur yang tidak terlalu jauh juga membuatkan gandingan mereka tampak serasi dan kerjasama mereka di lokasi penggambaran juga pastinya lebih mesra dan santai. Adakah anda sudah menonton The Judge from Hell?

Baca lagi: 7 Perkara Menarik Tentang Watak Park Shin Hye dalam The Judge From Hell, Tayang 21 September Nanti
Baca juga: Bagaimanakah Justitia Diberikan Hukuman dan Dihantar Ke Bumi dalam The Judge from Hell?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here