Home News “Untuk 9 Pertuduhan Jenayah, Itu Sahaja Hukumannya?” Netizen Benggang Dengan Sistem Keadilan...

“Untuk 9 Pertuduhan Jenayah, Itu Sahaja Hukumannya?” Netizen Benggang Dengan Sistem Keadilan Korea

0

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Mahkamah Agung Korea Selatan memuktamadkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Seungri di atas 9 pertuduhan jenayah, termasuk pelacuran haram, perjudian haram di luar negara, penyebaran kandungan seksual yang dirakam secara haram, penyelewengan, ugutan dan serangan, dll.

Netizen Korea telah telah memberi tindak balas terhadap hukuman itu di Twitter, mendedahkan ketidakpuasan hati mereka dengan tempoh hukuman penjaranya.

Netizen menulis, “Ya, itulah sistem keadilan Korea untuk anda,” “Seluruh dunia kini boleh melihat bagaimana sistem keadilan Korea adalah sampah. Saya sangat malu,”

“Ini adalah satu lagi contoh kuasa wang. Kita harus melakukan pembaharuan seluruh sistem keadilan,” “Itu sahaja hukumannya? Ini lawak,” “Setahun setengah? Adakah ini masuk akal,” dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan: Adik Seungri ‘Update’ Keadaan Seungri Di Penjara, Netizen Kecam “Dia Sangat Tidak Tahu Malu!”

Artikel Berkaitan: Netizen Korea Terkejut Campur Bengang Bila Hukuman Penjara Seungri Dikurangkan

Sumber: [1]