Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok wardatulsakinah_, dan telah ditular baru-baru ini.
Ustaz Wadi Annuar atau nama sebenarnya ialah Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub, merupakan seorang penceramah bebas yang aktif dalam kegiatan dakwah dan juga kebajikan sesama muslim. Beliau dilahirkan pada 20 September tahun 1983, berasal dari Kedah.
Dalam video klip ini menunjukkan Ustaz Wadi Annuar memberi penjelasan isu beliau menghadiri majlis perkahwinan Janna Nick yang telah ditular baru-baru ini di media sosial. Di mana Ustaz Wadi menerangkan bahawa beliau dijemput untuk membuat bacaan doa di majlis itu.
Beliau mengatakan setelah selesai bacaan doa serta pengantin sudahpun memberi ucapan Ustaz Wadi membuat keputusan untuk pulang ke rumah serta tidak makan dan tidak bergambar hingga ke akhir majlis tersebut.
Netizen turut memberi komen memberi komen mengenai penjelasan Ustaz Wadi Annuar, mengatakan beliau hanya mengikut hukum dan menasihati orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri hingga menjatuhkan fitnah kepadanya. Ada juga yang memberi pujian dengan cara Ustaz Wadi memperjelaskan isu ini, serta beliau ingin menjaga perasaan orang disekelilingnya.
Beberapa netizen juga berasa tidak berpuas hati dengan ‘Tuan Majlis’ kerana menjemput pendakwah-pendakwah ke majlis tersebut, dikatakan tidak mematuhi syarak dan mengundang ketidakselesaan kepada orang ramai.
Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Ustaz Wadi Anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick. Semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia”
Lihat klip durasi pendek penjelasan Ustaz Wadi Annuar:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Umii: Suka ayat ustaz. Hukum tetap hukum, tapi tak mau mengeruhkan keadaan.
@Sallallahu Ala Muhammad: kesian ustaz jd segan nk dok lama, mkn pun x, ustaz sgt terbaik.. respect ustaz sgt2
@aini diani: Kesian dekat ustaz dan ulama ulama ,byk dugaan dan fitnah akhir zaman ni
@Iera Mehat: bila org berilmu bercakap. love sgt..Tidak menimbulkan kekeruhan, tidak menjatuhkan hukuman..
@ivy: klu jemput org yg memberi ilmu agama.cuba la kita mghormati,bpakaian seharusnya mnutup aurat.semoga kita masa² saling mghormati agama kita…
@Dian.A : masa nampak video tu, saya fikir perasaan ustaz ja masatu, kesian ustaz
@JACKKAPAN: sebab dia balik awal x cerita,bagus dia tutup aib hadirin pengantin
@kak reen: alhamdullilah..netizen memang suka jatuh kan hukuman tanpa mengetahui perkara sebenarnya..
@Punk5Bundle: kdg x fhm laa..tuan majlis yg mnjemput pon..klu dh jmput org alim, pstikan laa majlis tu patuhi syarak sbaik baiknya..x mengundg ktdselesaan org lain
@NouraDRimba: Allahu Akbar….alhamdulillah…ustaz xcerita pun kami boleh faham mcm mane ustaz ni…Allah lindung kita semua
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.5M penonton, 155.9K sukaan dan 2641 komen.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram