Ramai K-pop idol menghadapi pengalaman pahit sebelum mereka mula popular. Walaupun begitu, ia bukanlah penghalang sebelum mereka mencapai kejayaan yang besar pada hari ini. Anda ingin tahu siapa bintang k-pop yang dimaksudkan? Jom tengok!
V (BTS)
V dan bapanya telah ditipu oleh pemandu teksi yang mengenakan caj berlebihan pada mereka semasa mereka dalam perjalanan untuk menandatangi kontrak bersama BigHit Music.
Mereka tidak tahu tentang tambang yang dikenakan mereka bukan berasal dari Seoul dan tidak biasa dengan jalan di Seoul.
“Saya menaiki teksi dengan bapa saya dan kami akhirnya ditipu oleh pemandu teksi. Kami tidak tahu bahawa harus melalui tiga terowong.”-V BTS
IU
Sewaktu IU masih muda dan keluarga dikelilingi dengan hutang, dia dan adiknya tinggal bersama nenek mereka. Walaupun nenek mereka cuba melakukan yang terbaik untuk menampung keperluan, dia masih tidak mampu untuk mengisi perut mereka dengan makanan.
IU kemudian mula mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi, tetapi namanya telah “dipotong” oleh syarikat yang dihadirinya untuk ujibakat. Dia turut ditipu secara kewangan ketika mencuba untuk menjadi penyanyi.
Disebalik kesusahan yang dihadapi, IU tidak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya bersama LOEN Entertainment dan menjadi salah seorang artis solo K-Pop terkenal sehingga sekarang.
Suga (BTS)
Sewaktu Suga masih muda, beliau berpindah ke Seoul untuk mengejar impiannya terhadap muzik. Disebabkan masalah kewangan (harus memilih antara menggunakan wang yang ada untuk makan ataupun pengangkutan), dia telah menjual lagu, namun sering ditipu.
Suga terpaksa bekerja sambilan untuk menyara diri dan membayar yuran pengajiannya. Ditambah pula, mengalami kemalangan sehingga cedera di bahu ketika menjadi penghantar barangan.
Suga membuat keputusan untuk berhenti menjadi pelatih. Namun, Bang Si Hyuk, ketua agensi BIGHIT Music, memberitahu bahawa dia akan menunggu Suga sehingga sembuh dan akan membayar yuran pengajiannya. Beliau akhirnya terus menjadi pelatih dan memulakan debut bersama BTS!
Baca lagi: Park Shin Hye & Choi Tae Joon Timang Cahaya Mata
Baca lagi: Serius lah? Selain BTS RM, 5 K-Pop Idol Ini Juga Mengaku Tidak Mempunyai Sebarang Agama
Mino (WINNER)
Mino ahli kepada kumpulan Winner telah memulakan kariernya dalam kumpulan bernama BoM pada tahun 2011. Walaubagaimanapun, agensi itu didakwa telah mencuri wangnya.
Mino juga turut ditipu setelah menulis lirik untuk 5 lagu BoM dan tidak memberikan kredit kepadanya sebagai penulis.
“Sewaktu bersama agensi, saya tidak memperoleh satu sen pun. Saya menulis lirik untuk lima lagu tetapi nama saya juga tidak dikreditkan pada lagu itu, jadi saya tidak dapat memfailkan royalti.
Mereka memberitahu saya ‘Ianya perkara biasa apabila anda baru bermula. Kami akan memberikan anda kredit lain kali’”. -Mino
Pada tahun 2013, BoM dibubarkan, dan Mino memutuskan untuk meninggalkan agensi itu dan mula menjadi pelatih di YG Entertainment dan kemudian berjaya debut sebagai ahli kumpulan WINNER.