Home Entertainment V BTS Dikritik Bersikap Kurang Ajar, Cara Minta Maaf Pun…

V BTS Dikritik Bersikap Kurang Ajar, Cara Minta Maaf Pun…

0

Semakin terkenal seseorang artis, semakin banyak la mata yang mencari salah dengan tingkah laku yang dipaparkan.

Beberapa hari yang lalu, V BTS telah tiba di Korea selepas menghadiri sebuah petunjukan fesyen ‘Celine’ di Paris. Jadual mendarat sepatutnya pada jam 7. 55 pagi, tetapi penerbangannya tertangguh dan telah mengakibatkan dia tiba lewat, iaitu pada jam 11.20 pagi.

Sejak awal pagi lagi, ramai peminat dan jurugambar teruja menantikan kemunculan V di lapangan terbang tersebut.

Namun, mereka berasa terkilan apabila sebaik sahaja V keluar dari lapangan terbang itu, dia segera masuk ke dalam kereta tanpa menyapa atau melambai kepada wartawan dan peminat yang setia menunggunya dari pagi.

Video ketibaanya itu menjadi viral, dan netizen mengatakan bahawa tindakannya itu agak tidak sopan. V kemudian memohon maaf di laman komuniti ‘Weverse’ dan memuat naik gambar langit di Paris, sebagai buah tangan kepada peminat.

Selepas pemohonan maaf V dikeluarkan, ada netizen yang mengkritik sikapnya da nada juga yang membela idola kesayangan mereka itu.

Antara komen yang tidak suka dengan sikap V:

Saya berasa malu untuknya.

Susah sangat ke nak cakap ‘hai’?

 

Komen peminat yang membela V:

V selalu sapa peminat. Mungkin hari ini dia letih.

Dia tak perlu minta maaf. Dia penat, jadi dia boleh terus pulang ke rumah.

 

Baca lagi: Artis Korea Yang Diundi Tidak Layak Untuk Kembali Ke Industri

Baca lagi: ‘Eksperisnya Seperti Orang Sedang Tertekan,” Peminat Risau Baca Kapsyen Terbaru G-Dragon Di Instagram