Baru-baru ini, kecoh di media sosial di mana seorang pelawak yang berasal dari Singapura iaitu Jocelyn Chia yang membuat tindakan menghina negara menerusi persembahan komedi berdirinya dianggap melampau serta keterlaluan sehingga mendapat kritikan daripada warganet.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon telah mewakili negara tersebut dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas tindakan pelawak terbabit.
Vany Gopala Menon akui, beliau turut terkejut dengan kata-kata yang kurang adab dikeluarkan oleh Jocelyn Chia di hadapan umum tambahan pula iamelibatkan isu sensitif yang melibatkan sesebuah negara.
Oleh itu, isu ini telah mengundang kemarahan orang ramai apabila wanita berkenaan turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai ‘modal’ jenaka tanpa serba salah.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami”
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia”
-Kata Vanu Gopala
Jocelyn Chia turut ditular di media sosial dengan tindakannya yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Malaysia, dan mendakwa pembangunan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura.
Netizen turut memberi komen mengenai kenyataan Vanu Gopala Menon, mengatakan rakyat Malaysia mahu Jocelyn Chia membuat permohonan maaf sendiri secara terbuka di media sosial. Ada juga yang memberi komen yang negetif terhadap pelawak tersebut kerana kata-kata yang dilemparkan ketika membuat persembahan komedi berdiri itu berlebihan. Netizen juga mengatakan negara Singapura sememangnya mengambil tindakan yang tegas terhadap pelawak itu.
Lihat juga apa kata orang ramai:
Wan Abd Hamid: Ini lh ketegasan yg kita perlukan.. kt Malaysia pon byk kes2 celupar mcm ni.. Harp di ambil tindakan yg sama, tarik kerakyatan… Halau keluar dr bumi tercinta ni..
Muhammad Lukman: Uii,memang x boleh bawak bincang negara Singapura bila berkaitan dengan perkara² yang sensitif macam ni.Terbaik.
Shobri Mahmud: Bangsa ni cakap dulu hentam dulu lepaskan geram..kemudian minta maaf…negara pemaaf bukan negara ikut undang2.Akan berterusan hingga kiamat ….tanpa tindakan keras
Azwan Ahmad: Kami nak dia sendiri yg mohon maaf. Secara live dan terbuka.
Tok Wan: Suruh dia mintak maaf secara terbuka…..secara live…
Sophia Imanina: Wowww padan muka. Nyesal tk sudah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Aniz Izah: Jgn pijak kaki masuk naik, nanti bertambah lemaknya, ada geng dia kt mlysia
Khairul Azhar: Dia x tau ke ke yg air ia minom kt sg tu air dari Malaysia.. tutup air kang payah nak cebok nnti..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: BorakDaily