Chocolate Truffle berbentuk kiub jenama Royce’ dari Jepun ini amat popular, pernah viral dan agak mahal. Harganya untuk sekotak lebih kurang RM 50++.
Selain itu, coklat ini turut pernah membintangi K-Drama ‘Strong Woman Do Bong-soon’ sebagai product placement yang ditaja Royce’.
Berikut resepi coklat truffle atau lebih dikenali sebagai coklat Nama versi jimat dan homemade yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @nrlchyain:
Bahan-bahan:
1/2 tin susu pekat manis
1 ¼ cawan serbuk koko
Cara-cara:
- Hidupkan api dan didihkan susu pekat manis sampai berbuih lepas tu angkat.
- Tuangkan dan gaulkan serbuk koko ke dalam susu sejat tadi sementara masih panas.
- Selepas gaul, dia akan keras sikit.
- Ratakannya di dalam bekas beralas plastik dan keraskan lagi dengan letak di dalam peti sejuk selama 2 jam.
- Bila dah keras, letak di atas taburan serbuk koko dan potong kecil-kecil.
- Tabur serbuk koko di atasnya untuk pusingan pertama.
- Apabila sudah bersalut coklat, tabur sekali lagi.