Home Food Ini Reaksi Mukbanger Korea Semasa Cuba Maggi Kari Malaysia

[VIDEO] Ini Reaksi Mukbanger Korea Semasa Cuba Maggi Kari Malaysia

0

Mi segera Maggi terutamanya perisa kari bukanlah sesuatu yang alien bagi masyarakat Malaysia.

Maggi kari berkuah yang ditumis bawang cili dan pecahkan telur di atasnya sememangnya padu untuk dimakan semasa hujan atau itu saja yang ada di dalam kabinet dapur.

Pada tahun 2019, seorang wanita Korea yang dikenali sebagai Dorothy buat mukbang (sejenis aktiviti yang makan banyak-banyak lepas tu berbual sorang-sorang depan kamera). Makanan pilihannya ketika itu adalah mi maggi kari Malaysia. Wah, bangganya!

YouTube baru rekomen video itu kepada penulis pada tahun ini semasa tengah lapar malam-malam.

asddd
Kredit gambar: Dorothy/YouTube

Menerusi video berdurasi 10 minit tersebut, Dorothy memasak tiga bungkus maggi kari yang dipesan dalam talian.

Mi segera itu dimakan bersama kimchi serta diminum bersama air teh bunga raya sejuk.

ggjjj
Kredit gambar: Dorothy/YouTube

Dengan satu dua tiga suapan, kelihatan tinggal separuh sahaja lagi mi segera itu di dalam mangkuknya.

Komennya, mi maggi nampaknya lebih nipis berbanding ramen di pasaran negaranya. Bagaimanapun rasanya yummy.

“Kalau ada jual ni di Korea, saya rasa saya akan memakannya.”

“Ada gambar cili di bungkusan tapi rasanya kurang pedas.”

aseee
Kredit gambar: Dorothy/YouTube

Saat artikel ini ditulis, video berkenaan meraih 4.4 juta tontonan di YouTube dan 15 ribu komen.

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya ramai netizen Malaysia yang tumpang gembira dan bangga apabila Maggi kari Malaysia berjaya menembus selera wanita Korea terbabit.

photo 2021 08 29 12 52 45

photo 2021 08 29 12 52 58

photo 2021 08 29 12 53 05

Tidak kurang juga ada yang menyarankan paras air dalam kuah Maggi diturunkan sedikit.

photo 2021 08 29 12 52 51

photo 2021 08 29 12 52 38

Tonton video penuh di bawah: