Sebelum berlepas ke angkasa lepas, para angkasawan perlu belajar berjalan dulu di dalam air.
Pusat Angkasa Johnson NASA di Houston, Amerika Syarikat mempunyai kolam sedalam 40 kaki dan dikatakan cukup untuk memuatkan beberapa buah lagi kolam renang saiz Olimpik.
Di dalamnya terdapat replika Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Menerusi siaran video oleh NASA, di sinilah tempatnya para pasukan angkasawan berlatih untuk misi mereka ke ISS.
Air merupakan medium terbaik di bumi untuk mereka praktis keapungan dan kestabilan apabila sampai ke orbit ISS nanti. Calon ini akan berlatih bergerak dalam sut angkasawan dan mengendalikan peralatan selama berjam-jam.
Sumber: The Atlantic