Home Travel Library Starfield- Perpustakaan Di Korea Selatan Yang Bergabung Dengan Pusat Beli-Belah

[Video] Library Starfield- Perpustakaan Di Korea Selatan Yang Bergabung Dengan Pusat Beli-Belah

0

Kata orang, perpustakaan sinonim dengan tempat yang sunyi, sepi dan jauh dari keramaian.

Namun berbeza pula dengan Starfield Library atau Perpustakaan Starfield yang terletak di tengah-tengah gedung membeli-belah bernama COEX Mall. Lokasinya terletak di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

97757070 555897875111557 9032640845706166272 n
Sumber gambar: K-Drama/Facebook

Perpustakaan ini sudah semestinya akan memberi pengalaman berbeza kepada para pencinta buku dan menjadi magnet untuk menarik pengguna Instagram kerana hiasan dalamannya yang memukau.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @Suri Nasir telah memuat naik pengalaman menariknya kembara ke Korea dan Starfield Library ini antara tempat yang mesti kena tanda dalam ‘bucket list’.

https://www.tiktok.com/@surinasirr/video/6987700251989724443?sender_device=pc&sender_web_id=6957934026767238657&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Difahamkan terdapat sekitar 50,000 dan boleh masuk secara percuma. Perpustakaan ini juga mempunyai dua tingkat dan turut menyediakan sofa, meja dan kerusi panjang untuk keselesaan pengunjung.

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya ramai yang teruja untuk ke sana dan berharap pandemik ini segera berlalu pergi.

I guess, I need a whole month to sit calmly and read the book

1

Want to go there so bad!!!

2

Pastu nak buat-buat terjatuh buku pastu terjumpa oppa… Di situlah mak berjumpa dengan bapakmu nak (komen win)

3

Nak pergi sana macam mana? Menurut laman Gramedia, pengunjung boleh menggunakan tren bawah tanah Seoul, pilih line 2, kemudian turun di Samseong Station.

Setelah turun dari tren, cuba cari pintu keluar atau exit 5. Nanti terus sampai di depan COEX Mall.

Selamat membaca di Starfield Library!

 

Sumber: Gramedia, @Surina Nasir/TikTok

Jom follow rapat FB page DaebaKing dan akaun IG Daebakingz untuk tahu lagi cerita-cerita menarik dan teropong dunia!

Anda mungkin turut berminat untuk baca artikel lain tentang Korea:

Kisah Ryugyong, Hotel 105 Tingkat Paling Sunyi Sepi di Korea Utara