Baru- baru ini, Lee Young Ji telah memuatnaik screenshot sekeping gambar yang diambil dari YouTubenya.
Lee Young Ji yang terkejut dengan jumlah tontonan tersebut lalu menulis caption di Instagram ‘story’- Apakah ini? hahahaha.
Lee Young Ji berkongsi berita di mana, video yang telah dimuatnaiknya pada 27 Julai tahun lepas iaitu ‘-5kg Diet Vlog- Dalam masa seminggu’, telah mencecah sebanyak 5 juta tontonan.
Dia juga mendedahkan bahawa dia ada merancang untuk membuat video tambahan berkaitan dengan diet kepada peminat dan pengikut akaun YouTubenya.
Baca lagi: 8 Jenis Diet Yang Diamalkan Selebriti K-Pop Yang Akan Mengejutkan Anda
Baca lagi: 5 K-Drama Bertemakan Romantik Komedi Yang Pastinya Menjadi Pilihan Ramai
Sementara itu, Lee Young-ji pernah memenangi ‘High School Rapper 3’ Mnet pada 2019. Baru-baru ini, dia telah menjadi topik hangat kerana telah berjaya menurunkan 13 kg.
Sumber: Naver