Home Disney+ Kdrama Vigilante: Adakah Jo Heon Mengetahui Identiti Kim Ji Yong?

Kdrama Vigilante: Adakah Jo Heon Mengetahui Identiti Kim Ji Yong?

0

Kdrama Vigilante memberi sensasi tegang kepada para penonton di sepanjang episod.

Kdrama Vigilante yang mengikuti kisah Kim Ji Yong (Nam Joo Hyuk), seorang kadet di akademi polis. Namun, Kim Ji Yong mempunyai sisi lain yang sangat kejam dan dia digelar Vigilante.

Perbuatannya menggemparkan masyarakat. Pihak polis juga giat mencari Vigilante diketuai oleh Jo Heon (Yoo Ji Tae). Pada episod keempat, Jo Heon mula menunjukkan kecurigaannya pada Kim Ji Yong.

Namun, adakah Jo Heon benar-benar telah mengetahui identiti sebenar Kim Ji Yong sebagai sosok asal Vigilante?

 

1. Jo Heon merupakan ketua pasukan yang menyiasat kes Vigilante

kdrama vigilanteDetektif Eun (Kim Hak Sun) tidak menemui bukti dari aksi Kim Ji Yong terhadap Jeong Deok Heung (Woo Jung Kook). Tambahan pula Kim Ji Yong memprovokasi pihak polis dengan tulisan di dinding dengan darah milik tertuduh pesalah seksual tersebut. Oleh sebab itulah penyiasatan diserahkan kepada pasukan penyiasat lain yang diketuai oleh Jo Heon.

Dia digelar detektif raksasa bukan hanya kerana perwatakannya, tetapi juga kerana cara kerjanya dalam menangkap penjenayah. Jo Heon sangat tekad untuk menangkap Vigilante.

 

2. Jo Heon pernah bertembung sekilas dengan Kim Ji Yong

cfcf9685 2c4d 4914 bfc0 4f7744a267f3Kim Ji Yong tidak berhenti untuk melakukan aksi kejamnya yang melawan undang-undang. Salah seorang penjahat yang diintipnya adalah Jang Soon Do (Kim Dae Gon). Dia dengan sengaja mencederakan seorang nenek yang rapat dengan Kim Ji Yong. Dia bukan ditangkap tetapi dirawat di hospital.

Kim Ji Yong kemudian mengunjungi Jang Soon Do di hospital untuk memberinya peringatan. Jo Heon yang waktu itu berada di sekitar bilik Jang Soon Do bertembung dengan Kim Ji Yong yang baru keluar dan menyamar dengan jubah doktor. Gelagatnya yang mencurigakan disedari oleh Jo Heon.

 

3. Jo Heon mempunyai kecurigaan bahawa Vigilante adalah orang dalam jabatan polis itu sendiri

e869a89f 5d10 4540 8f21 ed28ac2f5929Pihak polis hilang arah. Mereka tidak mendapat sebarang petunjuk tentang Vigilante walau sosok yang disebut dark hero itu berada di sekitar mereka. Polis juga menyedari bahawa Vigilante sangat pintar dan mampu memanfaatkan maklumat dalam penyiasatan polis. Itulah sebabnya Vigilante tidak mudah untuk ditangkap.

Profesor dari akademi polis iaitu Lee Jun Yeob (Kwon Hae Hyo) menduga bahawa Vigilante mungkin adalah orang yang mengetahui arah tuju penyiasatan polis. Selepas menyiasat lebih jauh, Jo Heon juga berfikir sedemikian. Walau dia berharap semua itu tidak benar, Jo Heon tetap mempunyai rasa curiga yang besar bahawa Vigilante adalah orang dalam jabatan polis sendiri.

 

4. Perwatakan Kim Ji Yong membuatkan Jo Heon curiga

b1476f1b f0e9 4bfd a2f0 5c14d8e2eb47Jo Heon tidak berjaya menemui Kim Ji Yong selepas kejadian di bilik Jang Soon Do. Kegagalannya sendiri dikuatkan lagi dengan adanya watak peniru Vigilante, Jo Gang Ok (Lee Joon Hyuk) pada waktu itu. Dia membunuh Jang Soon Do dan mengalihkan perhatian polis yang sedang mengejar Kim Ji Yong.

Jo Heon kemudian datang ke akademi polis untuk bertemu Profesor Lee Jun Yeop. Dia bertembung dengan Kim Ji Yong. Tubuh badan yang tinggi dan hampir sama dengan Jo Heon itu memang jarang dijumpai. Perkara itulah yang membuatkan Jo Heon menaruh kecurigaan yang besar pada Kim Ji Yong.

 

5. Jo Heon mempunyai niat untuk memerangkap Vigilante

VigilanteDari episod-episod yang telah ditayangkan, memang benar bahawa Jo Heon menaruh kecurigaan pada Kim Ji Yong. Namun, kecurigaan itu belum dapat dibuktikan. Dia hanya mampu menduga dan belum tahu bahawa Kim Ji Yong adalah target yang sedang dikejarnya. Jo Heon mendekati Kim Ji Yong untuk sekadar melihat reaksinya dan memprovokasi sosok Vigilante tersebut.
Jo Heon juga berharap Kim Ji Yong yang masih muda, tampan, dan mempunyai reputasi yang baik itu tidak tertangkap sebagai Vigilante. Sebab utama adalah kerana perkara itu akan membuat masyarakat semakin memujanya sebagai pahlawan.

Dari kenyataannya, Jo Heon ingin memilih yang penjenayah yang paling teruk dari senarai calon Vigilante. Orang itu kemudian akan disalahkan atas semua aksi balas dendam Vigilante dan memperlihatkan pada masyarakat bahawa Vigilante yang kini mereka puja hanyalah seorang penjenayah yang gagal.

Walaupun baru muncul pada minggu kedua, sosok Jo Heon dengan pantas dapat mencuri perhatian. Detektif raksasa ini merupakan lawan paling kuat yang mengancam Kim Ji Yong. Adakah Jo Heon akan mengabaikan rasa curiga pada Kim Ji Yong dan mencari kambing hitam untuk diperkenalkan sebagai Vigilante? Nantikan terus sambungan Kdrama Vigilante ini ya!

Baca lagi:Kdrama Vigilante: Adakah Min Seon Wook Akan Jadi Ancaman bagi Kim Ji Yong?
Baca juga: Bagaimana Kim Ji Yong Berubah Jadi Vigilante? Kerana Dendam?